Predictions by Sarawak Headhunter in red (updated).
SNAP: 15
PKR: 18
DAP: 14
PAS: 4 5

BN: 17 15

IND: 4
TOTAL: 71

———————————-

Kalau lah ramalan Sarawak Headhunters ini menjadi kenyataan; ana rasa inilah pencapaian paling baik dalam sejarah penglibatan PAS di politik Sarawak. Ini bukan ramalan kita. Ini ramalan orang. Tapi pada ana memang ada asasnya ramalan ini.

Calon yang kita tampilkan memang lebih baik daripada ramai calon yang dikemukakan oleh PKR. Kita dah pastikan; program tamrin dan tarbiyyah semua calon yang dikemukakan PAS berada di tahapnya yang terbaik. Lengkap dengan perincian ‘moral’. Kita nak pastikan tidak ada kelemahan. Susah mereka nak cari kelemahan; sepertimana yang mereka buat kepada calon PKR Satok (…bawa imej Imam Muda; tapi banyak skandal). Kita…..suci dan murni.

Ana cukup seronok dengan ramalan Sarawak Headhunters. Membayangkan PAS menang 5 kerusi adalah satu kemenangan kepada agama ISLAM. Masya’Allah; kepada siapa yang dah ada di Sarawak ni pasti pening kerana jiwa ISLAM macam tak kelihatan. Jiwa gereja yang banyak. Kita pun naik risau. Ana tahulah ini sebahagian daripada budaya Sarawak; tapi apakah ini jalan terbaik untuk ISLAM.

PAS kena tampilkan ISLAM yang lebih NYATA di Sarawak. Bukan ISLAM di dalam kawasan masjid. Tapi Islam yang menyeluruh.

Kalau benar ramalan ini:-

NANI SAHARI akan tewaskan si Denan Satem (N03: Tanjung Datu)

NORAINI HAMZAH akan tewaskan adik Taib (N15: Muara Tuang)

ABANG EDDY kalahkan IR Adiel Lariwoo (N20: Sadong Jaya)

ADAM AHID kalahkan dua lagi calon di Sebuyau

ABANG AHMAD KERDEE pun menang di Beting Maro.

Ini adalah permulaan kepada JIWA ISLAM di Sarawak. Sarawak memerlukan PEMULIHAN IMAN yang menyeluruh. Dan itu hanya mampu dilakukan di bawah kepimpinan PAS d 5 kerusi ini.

Takbir!