Masya’Allah, hebatnya kuasa Allah yang memungkinkan segala-galanya terjadi di atas kehendakNya. Kun..fa-yakun. Jadi. Maka jadilah. Dalam pada jentera kita berhempas pulas di Beting Maro; nyaris kita tadi meraikan kerusi ‘percuma’ PAS di Sarawak. Ini semua mungkin terjadi apabila calon lawan melakukan kesilapan yang serius dengan Peraturan Pilihanraya. Masya’Allah. Menjadi dan makbul doa kita sembahyang hajat malam tadi. Agar ditutupkan hati; dibutakan mata; dibodohkan pemikiran jentera BN agar melakukan kesilapan. Hampir sahaja calon kita menang free.

Inilah jadinya bila kita serahkan semuanya kepada Allah SWT. Kita tak nak jadi Tuhan. Tak nak play God kata Wak Herman Sungai Besar. Jangan play God. Tak baik. Kita hamba. Hamba kena main stail hamba. Jangan angkuh dan takbur.

Dalam pada kita nak meraikan BETING MARO sebagai kawasan pertama milik PAS di Sarawak; Muara Tuang yang menjanjikan. Masya’Allah.

Tapi seperti biasa – ada sahaja cara SPR nak selamatkan kerajaan. Tangguh…dan kemudian akhirnya mengumumkan semua clear. Hancur.

Tapi kita bukan jenis nak menang free. Takpelah kita susah – janji kita puas berjihad dengan agama Islam.

Permulaan kita akan bermula di sini. Kita dah kumpul; tinggal nak gerak dan gempur di semua masjid/surau. Kita dah mula semalam lagipun. Start dengan ceramah kecil-kecil. Cukuplah kita start dengan benda-benda kecil; yg penting niat kita nak menang tercapai.

Video tak video; kita tak ada masa nak sedih dan kecewa. Ini masa nak buat kerja. Ini masa PERANG.