Prestasi PAS di Beting Maro – Dun Beting Maro berada pada kedudukan paling baik, meskipun lokasinya agak pedalaman dan jauh dari pengaruh bandar. Jumlah pengundinya kira-kira 7,845 orang (September 2010) yang terdiri daripada Melayu 7,017 (89.45 peratus), Iban 520 (6.63 peratus), Cina 306 (3.90 peratus) dan India 2 (0.03 peratus). Sebahagian besar mereka adalah tinggal di sepanjang lembah sungai Seribas, kecuali Iban di daerah lurah bukit sepanjang 19 KM jalan masuk dari Betong/Seri Aman ke Pekan Pusa. Hubungan utama antara perkampungan ialah jalan sungai dengan pergantungan ekonomi adalah pertanian (sago, kelapa sawit dan padi
bukit), pembalakan, perikanan sungai serta perniagaan.

Berdasarkan keputusan pilihan raya 2006 antara lima Dun tersebut, Dun Beting Maro adalah yang paling berpotensi dengan undi popular PAS 40.47 peratus. Sementara Dun-dun lain ialah Tanjung Datu BN menguasai 91 peratus, sementara KeADILan di Muara Tuang menguasai 16.34 peratus,Sebuyau 25.75 peratus dan Senadin 24.87 peratus.

Maka peluang untuk PAS bangkit mencetus kemenangan sulung di Beting Maro amat cerah.

PAS Kelantan Sebagaimana sebelum ini, PAS Kelantan telah ditugaskan mengetuai gerakan kempen di Dun Beting Maro bersama PAS Sarawak. Ia akan dibantu oleh PAS Johor dan Negeri Sembilan, iaitu suatu kombinasi baik untuk memikul amanah PAS Pusat demi memastikan kemenangan di Dun Beting Maro.

Kelebihan PAS Kelantan dikira relevan dalam merencana strategi kemenangan kerana ramai pimpinan dan petugas parti yang cukup berpengalaman. Ia disokong lagi dengan pengalaman 20 tahun berkerajaan, sudah tentu banyak isu dan jeritperih rakyat dapat dijadikan asas bagi memujuk pengundi Beting Maro bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa pun, pilihan raya adalah suatu game yang melibatkan persaingan pengaruh antara parti-parti bertanding yang berlaku di depan pengundi. Maka pengundilah bakal memastikan, apakah misi kemenangan PAS sedia disambut baik?

Semoga penyertaan PAS dalam pilihan raya umum Sarawak 2011 kali ini bakal membuahkan kemenangan sulung. Berkat jalinan mantap pasukan PAS Negeri hadir bersama PAS Sarawak menjadi nadi utama ke arah mencipta kemenangan perjuangan Islam di bumi Kenyalang.

*********************************

Tapi dalam gerakan awal yang dilakukan; kita mahukan isu video disenyapkan secara maksimum. Setakat ini, berdasarkan analisa yang kita lakukan; hanya 13 % responden yang sudahpun melihat video tersebut. Daripada 13 %; hanya 8 % yang percaya itu Anwar.

Maknanya, kesan masih rendah dan tidak relevan.

Kita ada peluang menang di Beting Maro! Takbir!

Jahanam Jahanam! Jahanam Taib!
Jahanam Jahanam! Jahanam PBB!
Jahanam Jahanam! Jahanam Melayu Yang Tak Undi PAS!!!

Advertisements