Ana baru tiba ti Kuching dengan rakan-rakan PAS daripada Pahang. Kami semua 7 orang. OKlah semua; naik MAS. Sama macam orang UMNO. Maknanya tak ada lah lekeh sangat parti kita ini. Cuma bab hotel mungkin kita kalah. Kami semua kebanyakkannya tinggal di hotel murah. Tak macam orang UMNO yang tinggal di Pullman. Di Hilton. Pada kita; tempat tidur tidak penting dalam perjuangan. Yang penting adalah jihad dan perjuangan.

Kalau mereka yang dah biasa dengan perjuangan PAS; tidur di masjid/surau pun kita dah biasa. Tak ada masalah pun. Dalam kamus perjuangan; kita tidak pernah letak keselesaan sebagai benda yang paling aula’. Tak pernah. Memang sebagai sebahagian daripada tarbiyah; kita lebih gemar berada di surau dan masjid. Kami nak mula malam ini di bahagian Satok. Tempat ni ditandingi oleh Abang Zohari @ Abang Jo. Sempurna? Haram! Korup juga. Sebab itu kami rasa ada peluang nak berikan impak di sini.

Sampai sahaja di airport Kuching; kami singgah di kopitiam. Kena kopi. Tiba-tiba kawan ana tunjuk satu email daripada sahabatnya; budak PKR Shah Alam. Budak itu email dengan nada sedih. Apakah ini akhirannya perjuangan kami?

Rakan ana tak tahu video apa. Tak buka pun lagi. Tapi sewaktu sampai di anjung sebuah masjid di Satok; kami pun buka email tersebut. Menitis air mata kami semua. Masya’Allah. Inikah yang dikatakan sebagai ‘konspirasi’? Inikah dia perjuangan dan jihad? Itukah dia orang yang selalu cakap pasal ‘maqasid al-syariah’. Yang dalam video itu maqasid apa?

Kami terus terdiam dan terpaku. Ambil air sembahyang dan cuba nak solar asar. Menitis air mata dengar doa Haji Zul (PAS Kuala Lipis). Menitis air mata. Beratnya perjuangan ini, Beratnya ketentuan Allah SWT dalam pada kita nak berusaha mencapai daulah Islam.

Kami semua berpakat nak dengar pandangan kawan-kawan PKR di Sarawak. Kami percaya mereka pun dah tengok. Kami nak tukar-tukar pandangan.

Soalan CEPUMAS?

Apa pendirian PAS? Apa kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat? Apa kedudukan jihad Islam kita lepas tengok video ini.

Ana urut dada. Sambil serah pada pimpinan. Ana masih sebak dengan video ini. Masih.

Patutlah Kuching hujan lebat sebentar tadi. Hujan nak hilangkan dosa kita?

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

* apa hukum solat hajat perdana kita hari tu? mendoakan penzina?

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Advertisements