Ana rasa, dengan sendirinya PAS sudah memberikan komitmen untuk mempertahankan Anwar dalam apa jua keadaan. PAS Sarawak pun khabarnya amat seronok apabila diberikan guarantee oleh Anwar bahawa 5 kawasan tersebut akan di ditandingi oleh PAS tanpa sebarang gangguan. Menurut rakan-rakan di Sarawak; Anwar juga menjanjikan ‘durian runtuh’ kepada jentera pilihanraya PAS Sarawak. Khabarnya, angkanya pun bagus. Cukuplah untuk memberikan bantuan kepada rakan-rakan Semenanjung yang turut hadir.

Ana diamanahkan untuk berada di Kuching hari Selasa nanti. Tugas akan tertumpu kepada beberapa kawasan yang ditandingi oleh PAS. Bilik pun sudah diberikan pengesahan. Kali ini duduk hotel pinggir Sungai Sarawak. Tajaan; pemimpin PAS Kelantan. Ana ucap terima kasih.

Pada ana, dalam isu video seks ini – kita tak perlu risau sangat. Berdasarkan pengamatan ana, orang Melayu bab ‘seks’ ni depa ada banyak lebih kurang. Main luar itu biasa. Ini kawan-kawan ana katalah. Ana tidak. Makna kata, kalaupun memang Anwar yang buat; orang Melayu pun boleh maafkan Anwar. Tak ada hal lah. Orang Cina pun begitu. Tengok sahaja Chua Soi ‘Barang Baik’ Lek. Siap jadi Presiden lagi. Apa ada hal. Makanya, ana rasa; kita memang boleh dan wajar pertahankan Anwar ni. Tak kiralah dia main berapa kali dengan gadis Cina, gadis Thailand, gadis Sarawak – kita pertahankan. Kita pun tak nampak. Kita boleh guna alasan *4 orang saksi. Bab ni memang orang tak boleh lawan.

Saksi pun bukan calang-calang. Mesti orang yang ada thiqqah. Kalau setakat Eskay; buat saksi Nikah pun boleh jadi tak sah.

Pada ana, PAS akan kalah semua kawasan dalam pilihanraya kali ini. Orang cakap pada ana, kalau dah tentu kalah; buat apa nak lawan. Pada ana, mereka tak kenal erti perjuangan. PAS akan menang kerusi bukan pilihanraya kali ini. Pilihanraya yang akan datang; insya’Allah.

Target PAS kali ini hanya nak dapatkan 12,000 undi di Sarawak. Itu sahaja. Target pimpinan PAS pun setakat itu sahaja. Tak perlu banyak. Gabung lima kawasan yang kita tanding – dapat 12,000 undi. Cukup.

Kita hanya nak sampaikan gelombang Islam di Sarawak. Kalau tak ada Islam; Sarawak akan rosak. Di Kuching, orang Islam togok arak dengan muka selamba. Tak perlu nak sorok-sorok. Belasah depan mata. Peduli apa. Sarawak ini tanah bebas. Islam ada – tapi di ‘hujung-hujung’. Jihad kita lah yang perlu mengembalikan Islam di landasan sebenar di Sarawak nanti.

* Anwar janji nak bagi duit…tapi mereka sendiri pun minta derma? Pelik tetapi benar.

@rafizi Bantuan kewangan utk prn srwk, sila ke laman http://sumbangan.keadilanrakyat.org utk derma. Pls RT @ybz99 @shamsuliskandar @elizabethwong#fb

Advertisements