Ana ucap tahniah di atas kesungguhan PAS Selangor menjayakan solat hajat malam semalam. Ana rasa, ini adalah antara himpunan terbesar kita dalam meraikan mihnah yang menimpa sahabat kita di dalam parti. Pada ana, perhimpunan semalam sudah sekaligus membuktikan bahawa Noh Omar tak boleh diskaun PR untuk menang Selangor semula. Yang seronok, semuanya yang hadir dengan satu semangat; meraikan kawan/sahabat yang menjadi gam pengukuh parti.

Pada ana, Anwar dan PAS ini ada hubungan turun naik. Kejap ok. Kejap tak ok. Kejap suam. Kejap panas. Kejap dingin. Kejap sayang. Pada ana, standardlah tu. Kita tak boleh nak minta semua orang suka pada kita.

Anwar menganggap PAS adalah parti yang Islamik; tetapi masih terkongkong dengan ‘cara lama’. Kaedah yang tidak maju. Tapi Anwar dapat bertemu dengan PAS baru di dalam pemikiran TG Nik Aziz yang lebih maju dan ke depan. Pilihan kepada PAS; kalau nak Islam – mesti pasti parti politik berjaya. Itu sahaja. Dan Anwar tahu Nik Aziz ada kekuatan ini. TG Haji Hadi, walaupun Anwar selalu ungkap sebagai ‘sahabat’; tetapi sebenarnya Anwar kurang seronok. Haji Hadi kurang dengar cakap Kamaruddin Jaafar. Haji Hadi kurang dengar cakap Husam. Haji Hadi ada pemikiran sendiri. Ini Anwar tak berapa selesa.

Malam semalam, PAS beri komitmen penuh nak bantu Anwar. Atas dasar sahabat/kawan politik. PAS tak sanggup tinggal Anwar seorang. Kalau tinggal Anwar; PAS pun takut tak dapat undi Melayu.

Selepas program; masing-masing balik ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan ke tempat letak kereta; jumpa sahabat lama Haji Karim (PAS Jenjarum). Dia kena balik cepat; sebab Muhyiddin datang esok pagi (hari ini). Ana pun tanya, buat apa enta nak jumpa Muhyiddin? ‘Nak dengar isu video seks’…maknanya; orang PAS pun masih mencari jawapan juga. Bukan tentu kita setuju dengan program solat hajat. Maknanya, solat pun atas niat lain-lain. Ada yang mohon Allah tunjukkan kebenaran. Kita tunggu sahaja.

Ana percaya, Allah SWT akan makbulkan 30k umat Islam yang nakkan kebenaran. Insya’Allah, kita akan lihat kebenarannya nanti.

Bab kata Ibrahim Pendek: ‘….MARI KITA TENGOK; SIAPA YANG KENAAAAAA……’

SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.”

NIAT SOLAT HAJAT

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.


Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini… kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

“Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.