Bible

Nampaknya, kita hilang modal politik yang besar dalam isu salib. Ramai juga kawan-kawan yang sms; ‘enta sudah hilang modal politik. PAS patut perjuangkan isu salib; haramkan pengedaran bible’. PAS akan dapat undi Melayu yang tinggi

Ana antara percaya dan tidak. Kalau kita terlalu kejar undi CINA; sudahnya kita tak dapat juga. Pilihanraya Sarawak 2006; kita hanya dapat 1901 undi daripada seluruh Sarawak. Bayangkan. Hanya 1901 sahaja pengundi yang sayangkan Islam di Sarawak. Yang lain? Masih dibelenggu dengan pemikiran bahawa hanya BN sahaja mampu menjaga kepentingan mereka. Itulah cabarannya. Kalau kita terlampau ekstrim dalam mempertahan Islam; apa peluang kita tambah undi di Sarawak. Haram. Sanggupkah Cina Sarawak undi PAS dalam pilihanraya kali ini. Ana dimaklumkan, PKR guna seorang pakar media Kristian bagi tambah undi PKR di Sarawak. Vernon Keidit nama dia. Kawan ana yang pergi ke kursus anjuran PKR tersebut amat gembira kerana Vernon memang mampu menarik pandangan generasi muda.

PAS tak mahu guna Vernon ke? Ana nak juga pergi tengok dan belajar. Macamana kita nak tambah undi; daripada 1901 kepada 190,000 undi kali ini. Mana tahu, sebab kita dah pertahankan bible; kita dapat undi Cina Sarawak. Mana tahu. Kalau masih dengan 3,000 undi sahaja. Jawabnya kita gulung bendera sahajalah.

Kita cuma ada dua pilihan: nak undi Melayu; atau nak undi Cina Sarawak? Kali ini, kita dulukan undi Cina Sarawak. Undi Melayu – kita fikir lainlah. Melayu senang sikit kita nak urus perasaannya. Biarlah kita rugi sekejap; asal kita menang dalam jangka masa panjang.

Pada ana, kalau PAS nak datangkan impak kepada politik Sarawak; kita kena ‘sasar’ – sekurang-kurangnya 15,000 undi kali ini. Kita sama-sama cuba. Orang Kristian Sarawak patut bagilah sikit muka kepada kita.

Blue Filem

Bab ini ada seronok sikit. Siapa tak suka ooi! Ini bab ‘nature’. Tapi memanglah kita sedih sebab politik dah jadi hanyir. Nak buat macamana.

Ana suka dengan pandangan ABIM dalam isu ini. Pada ana, ini patut jadi pandangan PAS. Bukan ABIM. Apa ABIM kata?

“…Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan untuk kebaikan bersama berhubung pendedahan salah laku seksual pemimpin politik negara.

Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris juga meminta sebarang perbincangan serta perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika.

Merujuk kepada pendedahan salah laku seksual pemimpin politik negara oleh laman Malaysiakini bertajuk ‘Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang? ‘, Abim ingin menyatakan bahawa sebarang pertuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu haruslah disalurkan menerusi prosedur perundangan yang sah”.

Pandangan ini pada ana amat molek. Tapi sayangnya, pemimpin kita sibuk nak suruh pemimpin tersebut bersumpah. Aduhai. Kita kena cakap pasal Islam lah dahulu. Nak tuduh orang berzina bukan mudah. Ada hukum hakamnya.

p.s: janganlah kawan-kawan sms ana tanya ada video ke tidak…ana belum DAPAT sheikh!!!