Ana nak puji dengan sikap kepimpinan pusat yang cepat mengemukakan pandangan; kalau benar itu adalah pemimpin PKR; maka kita akan kaji semula kedudukan kita di dalam Pakatan Rakyat. Pada ana, ini adalah suatu sikap dan tindakan yang betul. Ini bukan sebab kita berdendam dengan mana-mana pihak; ini soal kredibiliti dan kedudukan kita sebagai satu pasukan. Kalau ada seorang yang cedera. Kita kena tukarkan. Dalam keadaan politik persepsi – cedera imej juga adalah sesuatu yang sangat serius.

Pada ana, dalam pada kita mengurut dada; khuatir dengan perkembangan politik semasa, inilah hakikat politik baru agaknya. Semua boleh ditelanjangkan. Mana ada undang-undang. Selagi ada bahan. Selagi ada bukti. Selagi ada gambar. Selagi ada video. Kita lambak. Kita dalam PAS jangan suka sangat. Jangan ingat pemimpin kita tak ada yang terlibat. Jangan. Mana kita tahu.

Kalau kena pada batang hidung sendiri; apa kita rasa.

Dalam keadaan macam ini, ana simpati kepada isteri pemimpin tersebut. Apa lagi yang hendak dia katakan. Fitnah demi fitnah demi fitnah demi fitnah dilempar. Yang khuatir, dalam pada kita bercakap soal fitnah dan penipuan; masyarakat merasakan ianya betul dan tepat. Haru.

“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).

Kita kena banyak hati-hati. Kalau dahulu, blog ini jadi medan kita. Sekarang ini; medan ini dah jadi padang permainan semua pihak. Semua boleh lambak cerita. Cerita betul atau tidak. Belum tahu.

Kita DOAkan agar semua fitnah ini dapat diselesaikan dengan baik. Jangan ada masalah.

Pada ana, cara terbaik – adalah mengaku dan berundur kalau betul itu kita. Kalau bukan; perlu lawan sampai habis. Masyarakat kita bukan macam dulu. Insya’Allah rakyat boleh maafkan kalau kita jujur. Masalahnya kalau kita terkantoi menipu. Haru. Lagi buruk padahnya.

Kita kena jadikan Chua Soi Lek sebagai model bab kejujuran. Dia main. Dia jujur. Dia mengaku. Dia MENANG pemilihan. Dia jadi pemimpin semula. Mudah kan.

Berlusconi…pertahankan dia tak terlibat.

Tanya diri sendiri…nak jadi Chua Soi Lek; atau Berlusconi

p.s: SELISIH MALAIKAT 44