Laporan Harakahdaily:-

========================================================

Dakwaan penduduk kononnya kebun milik mereka di Kampung Serian, Gua Musang dirampas Ladang Rakyat adalah tidak benar.Ini kerana tanah seluas hampir 4,000 ekar yang diusahakan mereka tidak terbabit dengan projek berkenaan. 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, kawasan ladang asalnya dirancang seluas hampir 11,000 ekar sekarang hanya diusahakan 7,000 ekar sahaja.

”Lagi pun perbincangan telah dibuat dengan penduduk sebelum projek berkenaan dimulakan iaitu pada 2006 di Masjid Kampung Batu 11.

”Ketika itu penduduk tempatan telah memberi kerjasama dan menunjuk kawasan yang mereka rentah. Setelah mengambil kira kawasan ditunjuk penduduk, pelan kawasan dibuat jurukur dilantik kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Akhbar tempatan melaporkan kira-kira 100 penduduk membuat bantahan kerana bimbang ladang getah dan dusun buah-buahan mereka dirampas.

=========================================================

Inilah masalah sebenar kita dalam PAS. Kalau berjumpa nampak berpeluk lekat. Cium pipi. Nampak sangat kita ini banyak sangat nak main politik sesama sendiri. Ini yang payah. Kita tidak kenal dan tidak mahu fokus tentang musuh sebenar kita.

Kenyataan TMB Kelantan ini sekaligus membuka ‘projek istimewa’ menjatuhkan TG Menteri Besar yang semakin mendapat sokongan untuk jawatan tertinggi parti. Sudah mula ada suara di Kelantan yang menidakkan kemampuan TG Nik Aziz. Ini suara PAS Kelantan sendiri. Bukan PAS luar. Ini yang kita cuba nak elak.

Janganlah kita samakan Nik Aziz dengan Taib Mahmud di Kelantan. Sarawak lebih maju dan mantap ekonominya – kata dua tiga orang kumpulan yang mahu TG tersungkur. Ana naik tak faham; apa perlunya nak main politik sesama sendiri. Lebih parah; PAS Kelantan nak tikam pemimpin Kelantan? Haru. Inilah yang jadi pada Husam; kredibiliti bagus, idea banyak, program bertimbun, kemampuan ada – akhirnya tersungkur di tangan orang lain. Rugi kita.

Pada ana, PAS Kelantan kena fokus dan tumpu kepada usaha nak tampilkan pemimpin di pusat. Kalau nak TG Nik Aziz jadi Presiden – bawa TG sahaja. Tak payah Husam pula nak jadi Timbalan Presiden. Kena tentukan sekarang.

Dan permainan dedah isu Ladang Rakyat ini bukan permainan yang baik. Niat pun kotor – matlamat menghalalkan cara?