Semalam, bukan main lagi Anwar mengatakan – bahawa TG NIK AZIZ ‘sepatutnya’ lebih mengambil kira pandangan dan sensitiviti parti kawan-kawan lain dalam mengambil keputusan mengenai JUDI. Anwar kata, kawan-kawan lain pun punya hak untuk berikan pandangan. Judi mestilah dipandang secara luas dan berkaitan dengan amalan kaum dan agama lain. Anwar mula nak ambil mudah mengenai hukum hakam Islam.

Inilah masalah sebenar Pakatan Rakyat. Kawan-kawan dalam parti tidak dipandang sama rata. Kalau DAP; dipandang tinggi dan dihormati. Kalau PAS; boleh dihinakan dan diketepikan. Jahanam punya politik.

 

Ana nak ingatkan Anwar – kita tak boleh nak main-main dalam hukum Islam. Tidak ada barokah dalam perjuangan. Anwar kena buat keputusan; nak pergi kiri atau kanan. Nak dapat syurga atau neraka. Politik kalau nak tempah jalan ke neraka; memang mudah. Ketepikan Islam – kita akan jadikan politik memudahkan agama. Ikut hati dan perasaan.

Anwar janganlah nak HINA TG NIK AZIZ sampai begitu sekali. Janganlah nak ketepikan PAS macam parti politik separuh penting. Janganlah nak hina PAS sampai begitu sekali.

 

Judi adalah HARAM. Ini ‘basics’. Ini asas Islam. Kalau inipun Anwar tak boleh pertahankan; sia-sia sahajalah Sidddiq Fadhil terangkan mengenai Islam. Atau Islam jenis ABIM/WADAH boleh terima judi? Ana tak tahu lah pulak. Ikut hukum mana?