Sewaktu ana bersembang dengan ramai kawan-kawan Kristian di Kuching tempohari – ramai yang memuji kepintaran TG Nik Aziz dalam memberi ulasan mengenai Bible Bahasa Melayu. Mereka anggap TG Nik Aziz sebagai lambang pemimpin Islam yang ada hemah dan bijak. Tak takut dengan kehadiran Bible bahasa apa sekalipun. Mereka melahirkan kepada ana – bagaimana Nik Aziz sudah menjadi lambang kepada keterbukaan beragama di Sarawak. Mereka minta sangat TG Nik Aziz lebih kerap datang ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Mukah bagi memberikan penerangan mengenai kes bible ini.

Pada mereka, jubah Nik Aziz tidak menjadikan mereka takut dengan Islam. Mereka dah biasa dengan Khalid Samad sewaktu di pilihanraya Sibu. Mereka bangga dengan PAS yang siap masuk ke gereja dan berkawan dengan orang Kristian.

Ana memang kagum dan kaget dengan kehebatan pimpinan kita ini. Gereja dah jadi macam ‘rakan strategik’ politik kita nampaknya. Gereja dan mampu kita serapkan dengan politik Islam yang berani dan tidak takut dengan SALIB. Inilah hebatnya PAS dan perjuangan Islam.

UMNO mana berani nak masuk gereja. Walaupun mereka togok air setan macam minum coke. Betul, bukan semua UMNO. Tapi kebanyakannya begitu. Bar pun ada di rumah. Tapi KONONNYA takut masuk gereja kerana takutkan Holy Water. Bangang. Holy Water tak boleh. Air setan boleh.

Pada ana, dalam kes bible bahasa Indonesia ini; PAS kena ambil pendekatan ekstrim. Tak ada salahnya bible dalam bahasa Melayu. Pokok pangkalnya iman. Kalau iman sependek Ibrahim Ali; letak bible dalam bahasa Kelantan pun dia tak pandai juga.

Sebab itu pada ana; PAS kena konsisten bab bible ini. Lantaklah orang nak kata apapun. Kita jangan hipokrit. Jangan takut. Kita desak kerajaan bagi lepas bible bahasa Melayu. Lepas tu kita gasak bahawa PAS lebih memperjuangkan bible daripada UMNO. Padan muka depa. Kita minta semua pimpinan PAS masuk gereja di Kuching, Sibu, Bintulu, Kapit, Mukah dan seluruh Sarawak. Memang sedap kita bantai kerajaan. Inilah senjata nak menang pilihanraya. Bukan duduk diam dekat rumah. Tapi cakap perjuangkan Islam.

Advertisements