Kalau masa nak jawatan; bukan main lagi berjanji kepada rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat; menjaga keselamatan rakyat; menjaga segalanya yang berkait dengan rakyat. PAS Kuantan dah lama rasa kurang puas hati dengan prestasi Ahli Parlimen Kuantan; tetapi apa nak di kata. Susah kalau bercakap dengan parti dan orang yang degil ini.

Setelah menang jawatan dalam parti; rakan-rakan PAS di Kuantan merasakan YB Fuziah sudah semakin lama kurang memberikan perhatian kepada isu Kuantan. Dia macam biskut. Sekejap ada. Sekejap hilang. Sibuk sangat agaknya. Almaklum, YB Fuziah orang penting kepada PKR. Kalau tak ada Fuziah; hancur rasanya pKR ini. Tinggal dia sahaja yang mampu menjadi kunci untuk mantapkan PKR; setelah ramai pimpinan lain lebih gemar jaga kepentingan sendiri.

PAS Kuantan dah penat layan perangai wakil rakyat PKR yang lemah ini. Kawasan terbiar. Kerjasama PR di Kuantan longgar. Dalam isu rare earth di Kuantan; mana suara wakil rakyat. Setakat ini kita dengar pandangan orang lain. Pemuda umno pulak lebih tegas daripada kita. Apa cerita? Patutnya, sebagai wakil rakyat; YB Fuziah perlu ke depan. Jangan biar orang lain ambil kesempatan. Susah kita nak menang semula nanti. Atau dah tak minat nak menang Kuantan?

Kalau tak minat; serah sahaja kepada PAS. Senang kita nak usahakan.

Dalam isu rare earth; kita tengok apa kata SM Mohd Idris:-

=========================================================

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang itu hanya menanti bencana untuk berlaku.
Menurut SM Mohamed Idris (gambar), pada 2007, SAM dijemput oleh Kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi dan pengalaman SAM dalam menanganinya dengan pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.
Berikutan itu, beliau yang juga Presiden CAP dan SAM berkata, projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Terengganu.
===========================================================

Apa komen Fuziah? Apa pandangan kita? Apa pandangan rasmi PR? Kita kena fikirkan.

Jangan biar sahaja macam tak ada apa yang berlaku. Rakyat menyampah YB Kuantan; habis PAS Pahang terpalit….

Advertisements