Salam. Kalau ikut cakap kawan-kawan; BN akan tewas teruk di tangan PR di Sarawak kali ini. DAP nampak yakin. PKR pun nampak sangat yakin. Sudah mula mengenalkan calon-calon di kalangan mereka. Tapi, dalam banyak isu – PAS Sarawak selalu ditinggalkan. Azmin pergi ke Kuching menginap di Pullman. Ana dan kawan-kawan PAS; tinggal di Harbour View sahaja. Kadang-kadang terserempak dalam satu lif dengan tukang urut dan China doll. Kita tengok sahaja. Tak pernah cuba pun.

Azmin memang mewah di Kuching. Macam ‘Rajah Brooker PR’ di Sarawak. Hebat. Ada stail. Semua boleh settle. Waktu berjumpa dengan kawan-kawan parti lain pun; Azmin selalu pandang DAP; dan tidak pernah memberatkan PAS. Azmin mungkin menganggap PAS di Sarawak ini macam parti nyamuk. Malahan, SNAP pun dilayan lebih istimewa daripada PAS. SNAP pun diangkat sebagai rakan taulan; sedang PAS Sarawak terkontang kanting sendiri.

Tuan/Puan mungkin menganggap; dengan DAP ada di Kuching – kita mudah dapat peruntukan wakil rakyat. Mudah dapat bantuan. Kalaupun ada PAS terima wang DAP pun hanya RM3,000 (peruntukan khas wakil rakyat) – itupun tahun 2008 yang lalu. Lepas itu, PAS kena gerak sendiri. Pengsan.

Ana nak beritahu kawan-kawan PAS; keluarkanlah duit sedikit bagi membantu PAS Sarawak. Ana kesian. Macam tak ada perhatian langsung. Dana kurang. Program sayup. Macamana nak menang di Sarawak.

Ana sempat bercakap dengan ramai aktivis PAS di Sarawak – mereka hanya mengharapkan TG Hadi datang dan bantu. Selain itu; memang payah nak dapat duit. Pernah bisik kepada Azmin; jawapan biasa – ‘saya hanya jaga parti saya’ (habis semangat PR macamana?)

PAS Sarawak ini memang hidup segan mati tak mahu. Minta maaf cakap. Minggu ini ana pergi lagi – nak bantu media baru PAS Sarawak; entah tinggal di mana pun ana tak pasti. Kalau boleh tak mahulah di Harbour View. Terserempak dengan ‘pelacur Cina’; meremang juga bulu ana pun. Kita pun manusia. Baik tinggal di Tune Hotel. Depan Hilton. Mudah sedikit.

PAS Sarawak perlukan banyak dana. Dermalah. Pesuruhjaya PAS dah sedia nak lawan anak Taib. Mahmud Bekir. Bayangkan. Nak lawan macamana kalau nak bergerak pun duit tak cukup. Nak gerak macamana?

Media baru pun tak mampu nak jayakan. Cerita dalam blog; tak ada gambar. Siapa nak percaya. Contoh; cerita pasal Elia Geneid (anak sedara Taib). Mana gambarnya. Cerita. Tapi tak ada gambar. Impak akan jadi kurang.

===============================================
ANAK SAUDARA KETUA MENTERI SARAWAK BERGAMBAR SAMBIL MEMEGANG SEGELAS BIR !!
PETIKAN DARI SARAWAKREPORT:
UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK TAIB SEKELUARGA, DAN LAIN PULA UNTUK ORANG KEBANYAKAN?
Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!Sarawak Report tidak menyalahkan pengambilan alcohol, tetapi meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.

======================================================

Contoh laman web PAS Sibu. Letih. Banyak benda kena perbaiki. Kena JIHAD nampaknya ana di Sarawak ini. Takbir!