Kita tewas di Kerdau. Kita tewas di Merlimau. Ana malas nak ulas sebab-sebab kita kalah dan tewas teruk. Nak buat macamana. Itulah hakikatnya. Politik Malaysia tak macam politik timur tengah. Kita takut berubah. Kita risau hilang tanah. Kita takut jalan kita tidak ber-tar. Kita cukup takut kalau dapur kita tak berasap. Kita cukup risau kerajaan tahan gaji kita. Ini semua mentaliti yang kuat bermain di kalangan orang kampung dan warga felda. Balas budi. Kena undi BN. Walaupun apa yang berlaku.

Inilah mentaliti lama yang tak membawa demokrasi Malaysia ke arah lebih baik. Kita bangsa penakut berubah. BN menang, kita senang? Betulkah? Kalau PAS menang; kita miskin dan kedana? Sila pergi kelantan tengok samada semua orang Melayu kedana dan miskin? Tak ada pun.

Keputusan Kerdau dan Merlimau sudah secara jelas menyatakan bahawa kita memang kurang diterima oleh orang Melayu, orang Cina. Nampak sangat. Orang Cina pun – yang diraih undi oleh simbol seks bernama Soi Lek; pun boleh menarik minat masyarakat Cina. Stail DAP nampaknya tak laku di kampung. Dakyah DAP adalah komunis menjadi. Habis orang Melayu tak undi calon PAS.

PAS hilang undi Melayu. PAS tak dapat undi Cina yang dikatakan akan dibawa oleh DAP. Tak berlaku. Dekat 70 % Cina sokong calon BN. Sebab apa? Takut lah tu.

Apa sebab PAS hilang undi Melayu? Sebabnya adalah kita dah tak berapa nampak nak perjuangkan Islam. Kita kurang cakap pasal Islam. Kita kurang laksana pasal Islam. Sebab itu ana suka sangat bila PAS ambil keputusan HARAMKAN premis JUDI. Inilah yang kita nak. Patut dah buat lama. Ana harap sangat kita haramkan juga di Negeri PR yang lain. Termasuk Selangor.

Kita kurang cakap pasal kepentingan ekonomi orang Melayu/Islam. Selangor bawa ‘merakyatkan ekonomi’; tapi ekonomi Melayu/Islam di mana letaknya? Di mana kita nak tolong bantu anak muda Islam/Melayu?

Inipun satu benda juga. Apa program ekonomi di Selangor? Apa yang boleh bantu masyarakat Islam? Apa?

Sebab itu ana katakan, judi memang patut pun diharamkan di semua negeri PR. DAP kena terima keputusan ini. Baru PR boleh maju. Janganlah nak kutuk PAS pula.

==============================

TGHH: Pemimpin Bukan Islam Pakatan Sokong Haram Judi

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

“Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam,” kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

====================================================

Kenyataan di atas ni dibuat pada 14 May 2010. Waktu UMNO nak buat judi bola. Kalau betul itu keputusannya; apa salahnya nak haramkan premis judi? Kita terus usahakan untuk haramkan judi. Barulah nampak peranan PAS.