Ana tak kisah langsung bila Mat Skema MCA menyatakan DAP sebagai parti yang tidak bertanggungjawab kepada usaha Pakatan Rakyat. DAP Pahang memang bangsat. Penipu. Tidak amanah. Suka membuat kerja sendiri dan tidak memegang kesepakatan PR. Memang tak berguna.

Adakah patut, sewaktu PRK – Pengerusi DAP Pahang pergi luar Negara untuk bercuti. Kurang ajar. UMNO pun tak boleh terima perangai macam ini. Macam baghal. Sama macam UMNO yang marah Menantu Pak Lah sebab pergi London sewaktu ada dua pilihanraya kecil. Sama bangangnya Menantu Pak Lah dengan DAP. Sama naik. Inilah kalangan mereka yang tidak ada ‘semangat setiakawan’. Semua ikut diri sendiri. Bila PAS kalah; DAP boleh kutuk kita macam nak rak. Kata kita terlalu kolot. Kata kita parti kampung. Kata kita parti tak ada sumbangan. Kata kita parti lebai. KURANG AJAQ!

Pada ana, Kerdau ini memang kawasan yang sukar. Orang Pahang ini memang kemaruk dengan reta benda. Semua benda dia nak kaitkan dengan budi. Dapat duit sikit. Kain pelikat sehelai. T shirt 1Malaysia sekeping; habis sekampung dia berjalan. Bangga. Macam Jakun tak pernah dapat t-shirt. Macamana kita nak lawan puak yang haus reta benda. Daha t shirt. Buruk perangai.

Pada ana, kita fokus kepada masjid dan surau sahaja. Tak perlu nak gila sangat puak ‘lemah iman’ dalam FELDA ini. Mereka ni wala’ kepada FELDA macam tak ada masa depan. Macam berkiblatkan bangunan FELDA dekat Jalan Semarak tu. Macam jadikan duit dan ladang macam segala-galanya.

Memang sakit hati berbual dengan orang FELDA ni.

Tapi ana malas nak cakap banyak lah. Ana masuk juga FELDA. Memang berat. Memang tak dapat hidayah punya kumpulan. Semua cerita duit dan bantuan kerajaan. Seolah-olahnya, kalau BN kalah; meraka jatuh miskin. Entah apa-apa.

Janganlah kolot sangat; takkanlah kalau Syed Ibra kalah; anak awak yang di London dan Amerika tu kena panggil balik? Takkanlah. Janganlah takut melampau-lampau macam tak ber-TUHAN. Janganlah macam nak ber-TUHANkan bantuan kerajaan.

Mentaliti mundur macam warga FELDA inilah yang membantutkan sikit pencapaian kita dalam politik. Kita jadi tersekat. Kita jadi susah nak bercakap dengan puak-puak ini.

Kalau ada yang kata ana tak tahu ‘mentaliti FELDA’ – minta maaflah. Bertahun ana bergerak di Bukit Aping Barat. Dekat 2 tahun ana bertugas di Felda Soeharto. Ana tahu sangat hati perut orang FELDA ni.

Kesian….jauh lagi nampaknya kita nak jadi Libya; kalau mentaliti berkorban tak ada. Tak ada niat Jihad. Payah.