Latarbelakang

– Tuan Hj Yuhaizad bin Abdullah dilahirkan pada tanggal 17hb Oktober 1973 di kampong barok Jasin Melaka.
– Beliau merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik-beradik.
– Bapanya Abdullah bin Hj Jumat merupakan bekas Tok sidang kampong chinchin manakala ibunya Hajah Fatimah bt Hasan seorang surirumah sepenuh masa dan merupakan anak kepada imam Hj Hassan Bin Wahab bekas imam kpg chinchin.

.Pendidikan

-Tuan Hj Yuhaizad mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan chinchin.
-Di peringkat menengah beliau bersekolah di sekolah menengah Dato Bendahara jasin,Melaka.
-Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Institue kemahiran mara (IKM) Jasin beliau juga menpunyai diploma Tasawur Islam di Ilham

Perkahwinan

-Tuan Hj Yuhaizad memdirikan rumahtangga dengan Shakila bte Mohammad.seorang guru di sekolah kebangsaan chinchin.

Perlibatan dalam politik

-Memilih Pas sebagai medan Politik,beliau mula bergiat aktif dalam parti bermula tahun 1993 sebagai setiausaha cawangan chinchin
-Kemudianya pada tahun 1995 beliau dilantik sebagai ketua dewan pemuda pas kawasan jasin dan tahun 1999 dilantik sebagai Timbalan yang dipertua pas kawasan jasin hingga kini.
-Diperingkat negeri beliau diamanahkan sebagai timbalan dewan pemuda pas negeri dan juga dilantik sebagai Ahli jawatankuasa Badan perhubungan PAS negeri Melaka.
-Beliau sekarang merupakan aktivis Pas sepenuh masa

Misi dan visi

-Tuan Hj Yuhaizad bin Abdullah merupakan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil dun merlimau
-Beliau menpunyai beberapa misi yang mahu dicapai bebekalkan pengalaman bergelumang dengan masyarakat bebilang kaun di Merlimau sejak kecil

==============================

=====

Kita mendoakan Tuan Haji Yuhaizad dapat menjadi obor kepada perjuangan PAS dalam berdepan dengan kepimpinan Ali RUSTUM di Melaka. Kita tak mahulah, PAS hadir macam tidak bernyawa. Kita perlukan juga kekuatan politik. Kita perlukan suara di dalam DUN Melaka.

Pada ana, kita susah sikit nak serang Ali RUSTUM daripada segi pembangunan. Bab ini dia A. Kita tak boleh nak nafikan. Tapi kalau bab Islam; insya’Allah kita boleh menang mudah.

Ana minta semua penyokong parti untuk fokus kepada usaha memperkenalkan calon kita. Jangan serang Ali sangat-sangat. Kita fokus kepada calon kita. Kita fokus kepada perjuangan kita. Kita fokus kepada asas perjuangan Islam yang kita cuba nak bawa.

Inilah peluang PAS Melaka nak tunjuk taring. Kerdau katanya kita ada harapan menang. Insya’Allah.

Advertisements