Nampaknya, UMNO sungguh-sungguh nak menang besar di Kerdau. Mula pakai graduan Azhar. Graduan Bahasa Arab. Pegawai Khas Agama. Ustaz. Ulama’ la nak ikut kalau menggunakan kayu ukur kita. Nampak UMNO betul-betul nak tanam PAS Pahang ke dalam kubur politik. Yakin sungguh mereka PAS akan merayap mencari untung nasib di Pahang.

Ana nak tegaskan, kita hormat lah dengan keputusan lawan kita ni. Kurang-kurangnya, bagus sebab lebih ramai orang agama yang diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat. Kalau dah namanya orang agama; dia tak tunduk kepada manusia. Dia tunduk kepada Allah SWT. Manusia tidak ada dalam fikiran. Sepatutnyalah. Tapi, ustaz UMNO ni bukan boleh harap. Bila fikir pasal gaji, cari makan, anak bini – mulalah agama pun dia jual. Standard la. Orang UMNO.

Ana suka cadangkan bahawa kita guna mereka yang ada kredibiliti juga. Jangan main letak sahaja. Kita tak mahulah kalah teruk. Kalah sikit itu biasa. Tapi kalau dah kalah beribu-ribu – malu juga kita.

Kita kena lawan api dengan api. Jangan la letak muslimah yang tak berapa nak ada kredibiliti. Payah kita. Tenang sudah memberikan kita pengajaran. Calon bagus. Tapi laki pula jadi masalah kepada parti. Langsung lingkup.

Ana minta sangat kepimpinan jangan ambil mudah DUN Kerdau ini. Kena lawan sampai habis.

Kita kena gunakan strategi burukkan Menteri Besar PAHANG yang agak ‘kurang bijak’ dan ‘kurang siuman’. Dia tak siuman sangat. Sampai buat macam-macam aksi sewaktu pilihanraya lalu. Yang pasti, Najib pun bukan suka sangat pada dia. Najib nak Sharkar jadi calon MB. Long Nan sudah hampir maut politik. Tak tendang pun dia jatuh.

Ana cadang – kita burukkan MB dan Isteri PM. Senang kira. Ini sahaja strategi yang boleh jalan.

Kalau orang tanya; tak apa kah PAS guna kaedah buruk-burukkan orang. Kita kata sahaja ini adalah JIHAD. Habis cerita

Advertisements