Alhamdulillah, ana puji semangat anak muda yang terus memberikan sokongan penuh kepada usaha pembangunan Islam bersama dengan PAS. Apapun dibuat oleh universiti, kementerian pengajian tinggi, khaled nordin, saifuddin abdullah – nampaknya idealisme para mahasiswa tidak boleh diarah-arah. Buatlah apa pun; akhirnya mereka akan bersama dengan kita juga. Inilah yang menjadi kemusykilan kepada sesetengah pihak.

Pada ana, ini soal model dan ikon politik. Anak muda menyampah dengan gaya orang kaya yang BN bawa. gaya orang kaya. Masuk kampus bawa X6, bawa Lotus, bawa Audi Q7, bawa Porsche – budak universiti memang tak hormat dengan semua ini. Bukannya dia orang tak suka dengan benda mewah. Suka, tapi janganlah melampau-lampau. Imej kita pula bersih. Bawa Waja, Proton Perdana, Kancil, Inspira. Ini lah yang menyebabkan anak muda percaya dengan perjuangan kita.

Apa yang berlaku di UM adalah satu benda yang amat kita sangka. VC semua nak main tipu. Cuba nak gagalkan pencalonan. Patutnya mereka menjadi puak neutral. Haram jadah punya pensyarah. Pun nak masuk politik sebab duit.

Ini semua memang membayangkan kelemahan kampus kita. Semua nak ikut telunjuk. Semua nak ikut cakap. Semua nak ikut kebodohan pihak sana. Memang bengap. Patut ditarik sahaja segala ijazah mereka ini. Buang masa.

Ana hormat dan memuji sikap anak muda kita. Berani.

Mereka tak perlu risau kalau failed pun – PAS ada. Mereka boleh terus aktif dalam politik PAS. Cukup bahawa mereka pernah berada di universiti dan memperjuangkan PAS. Cukup.

Ada yang kata, PAS tak bertanggungjawab kerana menggunakan anak muda untuk kepentingan politik. UMNO tidak?

Apa yang berlaku; membuktikan bahawa anak muda masih bersama kita. Ini yang memeningkan pihak kerajaan. Dalam pada mereka kata PAS bodoh; anak muda bersama kita.

* puji anak muda UM….hebat!