Kadang-kadang, kalau orang dah benci – semua benda dia akan kata salah dan benci. Semua benda. Sampai tak ada benda yang betul keluar daripada mulut kalangan pimpinan PAS. Inilah sikap orang UMNO yang bangang tidak boleh diajar. Beri peluang, dengar apa TG Nik Aziz nak kata. Jangan lah nak balun dan tibai semua perkara. Yang betul, kita kena kata betul. Tak payah nak malu dan menegakkan benang yang basah. Apa, PAS tak mampu nak jaga untung nasib orang Melayu? Inilah pandangan yang kurang bernas…

Ada juga orang UMNO yang bangkitkan, bahawa PAS sudah menjual beberapa tanah Negeri Kelantan kepada saudagar Cina DAP. Janganlah cari salah. Habis, UMNO tak ada jual tanah kepada Cina laknat? Tak ada? Ana nak tanya, tanah Kementerian Pertahanan dekat gleneagles intan; dah jual kepada siapa? Bukan kepada orang korea? Kurang-kurang PAS jual tanah kepada orang Malaysia. Dia terus jual tanah pada orang luar! Itu nak kira macamana.

Jangan tengok pada isu Kelantan sahaja. Tengok Kedah. Semua ok. Balak memang kita pakai sikit-sikit; ini sebagai alat kita nak tadbir Negeri. Biasalah tu. UMNO tak jual balak? Cuba tanya Mamak Zambry Kutty Kadeer Perak. Dia tak jual?

PAS boleh jaga Melayu. Tapi kita kena kumpul semua bijak pandai dalam PAS untuk rancang ekonomi orang Melayu. Kita kena beri ‘model pembangunan Melayu’ versi PAS. Tak payah pakai buku jingga banggang PKR tu. Kita buat ‘Buku Hijau’ pembangunan Islam. Barulah elok. Tak payah nak tunggu orang bantu kita.

Kita bukan kurang orang ekonomi. Dr Syed Azman (pun pandai ekonomi). Boleh bentangkan kepada pimpinan PAS. Yang kita dok pakai model PKR dan DAP buat apa. Kita kena tunjuk model pembangunan ekonomi Melayu sendiri. Guna kaedah Islam.

PAS tak mustahil nak bantu Melayu. Dulu, zaman Dr Burhanuddin al Helmi pun kita dah cakap pasal ekonomi Melayu. Semangat kebangsaan Melayu. Kita berjaya tampil PAS sebagai ganti UMNO. Kita guna usaha cara ini. Jangan nak menunggu DAP buat untuk kita. Buang masa.

Advertisements