Alfatihah buat Allahyarhamah bonda Mat Sabu yang menghembuskan nafas terakhirnya tadi. Ana tumpang sedih. Almaklum, Mat Sabu bukan calang-calang pemimpin dan aktivis PAS. Antara yang paling lantang balun UMNO/MAHATHIR/ANWAR pada satu ketika. Sewaktu Anwar dalam UMNO; Mat Sabu adalah orang yang pertama menimbulkan kebenaran tentang acara tidak sihat tokoh politik PR itu. Hari ini, Mat Sabu mungkin ada pandangan berbeza.

Ana merasakan individu seperti Mat Sabu adalah contoh klasik di dalam PAS; bahawa pandai cakap; pandai hentam; pandai balun – belum tentu diberikan jawatan oleh perwakilan PAS. Ana pun tak tahu apa yang jadi sandaran kepada perwakilan PAS. Kalau ikut suara dan hentam UMNO; Mat Sabu wajib berada di dalam hierarki kepimpinan parti. Sayangnya, tewas tersungkur dalam pertandingan.

Parti macam kita ini memerlukan lebih ramai Mat Sabu. Ramai yang komplen kepada ana, Mat Sabu sudah tidak macam dulu. Dah kurang berapinya. Masa zaman Pak Lah; Mat Sabu masih ada kuku. Dia rembat semacam. Sekarang? Dah suam.

Kita kena tanya juga di kalangan pimpinan PAS; kita ni dah kurang modal sangatkah? Hari tu waktu bertanding; janji macam-macam; akan dedahkan itu dan ini – hari ni, PAS jadi macam senyap sedikit? Apa jadi?

Kita kena cari lebih ramai Mat Sabu dalam PAS ini. Tak boleh nak harap dia seorang. Dok rok. Penat dia.

Mana ‘tamrin/latihan kepimpinan’ PAS? Mana kader parti kita? Mana strategi kita nak bina pendokong PAS yang setia? Mana?

Mat Sabu akan jadi semakin lemah kalau kita tidak beri dia kekuatan. Kena beri dia elaun balun. Kena bagi dia wang untuk bergerak. Kalau tidak pengsan.

Advertisements