Salam.

Ana naik hangat hati dengan ingatan demi ingatan yang diberikan oleh pimpinan PR kepada PAS. Anak nak ucap tahniah dan takziah kepada Ketua Pemuda PAS. Mana taknya. Dalam ramai-ramai golongan ulama’ dalam parti kita ni; dia seorang sahaja yang mempertahan pandangan untuk melakukan amal maaruf nahy mungkar di hari Valentine ini. Berani. Memang ini kita mahu kepada pemuda PAS. Bab Islam kita jangan main tarik tali. Perlu terus suarakan. Jangan tewas dengan tekanan.

Tapi sayangnya, Ketua Pemuda PAS akhirnya terpaksa akur dengan marahnya Anthony Loke dan Khalid Samad. Anthony Loke kita faham lah. Totok kristian. Bab Khalid Samad sokong Valentine day ini ikut hukum mana pulak? Kita tahu Khalid selalu bersenda gurau dalam gereja; beri bantuan itu dan ini – tapi bila bab sokong perayaan Kristian ini kita tak fahamlah pulak. Mungkin Khalid Samad berkongsi ulama’ dengan abangnya Shahrir Samad. Ulama’ UMNO semua lulus. Yang haram pun boleh lulus. Silap-silap babi pun boleh makan.

Sampai bila kita ni nak kena ‘catuan’ bila bercakap? Bila cakap pasal Islam; orang PR akan bangun dan marah! Bila Islam dalam PAS nak makmur? Bila? Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu PAS menang semua kawasan Melayu? Nak tunggu UMNO tersungkur?

Ana nak cakap kepada DAP – antum ini sudah jadi kafir yang melampau. Melampau sangat. Ana tahu bahawa TG Nik Aziz ana itu akan mempertahan antum semua; tapi takkanlah sampai kita tak boleh cakap sikit pasal Islam. Gila!

Ketua Pemuda PAS cakap pasal langkah pencegahan. Kita tak mahu ada anak luar nikah. Kita tak mahu ada parti seks. Kita tak mahu ada acara ‘pecah dara’. Kita tak mahu ada pesta arak. Kita tak mahu ada acara tukar-tukar seluar dalam. Kita tak mahu ada acara cabut bra. HARAM! Ini negara Islam! Bukan negara kafir harbi.

Inilah yang patutnya PAS buat. Bukan duduk diam dan hanya angguk cakap Anwar dan DAP. Ini yang patut kita perjuangkan.

Kalau dah kita bercakap pun jadi salah….apa lagi untung nasib kita…

Advertisements