Blogger terkenal, Sayuti telahpun mengeluarkan beberapa posting yang menghina Presiden PAS yang ada sekarang ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pada ana, kaedah blogger kita sendiri serang kepimpinan PAS ini adalah sesuatu yang tidak patut. Ana akui, ana juga pernah mengkritik. Tapi kritik dengan serang ini jauh bezanya. Jauh sangat bezanya.

Sayuti dalam blognya sudah sampai ke tahap menghina Presiden PAS. Ana tak boleh terima apabila penulis kita sendiri nak serang Presiden PAS. Nak telanjangkan Presiden sendiri dengan mengatakan Hadi tidak pandai; tidak bijak dan tidak mampu memimpin.

Parti sudahpun menyantuni kedudukan TG Nik Aziz ditempatnya yang terbaik. Mursyidul Am ini jawatan kesian. Jawatan jaga hati. Sebenarnya parti pun tak perlu ada jawatan Mursyidul Am pun. Tak perlu. Kepimpinan Presiden sudah cukup untuk memimpin parti. Pada ana, kalau Nik Aziz benar-benar nak berada dalam gelanggang; peganglah jawatan politik terus. Mudah.

Jangan main cakap belakang. Jangan main tikam belakang. Jangan main kayu tiga dengan kepimpinan.

Bukan kita tak tahu kerja Husam di Kelantan dan Terengganu. Burukkan Haji Hadi. Burukkan Nasharuddin. Burukkan kepimpinan. Bukan kita tak tahu. Kita tahu dan kita maklum.

Tapi apakah sesuai dalam keadaan kita nak mantapkan parti; kita nak bergaduh sama sendiri. Sampai bila kita nak bergantung secara politik dengan Anwar? Sampai bila kita nak bergantung dengan Guan Eng? Penat kita berpolitik kalau asyik nak bergantung dengan kekuatan orang lain.

Nik Aziz kalau berhajat sangat nak berpolitik – perlu tanding Presiden. Husam tanding Timb Presiden. Kita tengok siapa menang.