Alhamdulillah, ana puji sikap majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang telahpun menerima keputusan untuk PAS bertanding di Merlimau. Inilah sebaiknya. Kita telahpun menunjukkan peningkatan dan penambahan undi dalam pilihanraya umum yang lalu. Mejar (B) Jasme sudahpun membuktikan bahawa orang Melaka bukan semuanya totok UMNO. Melaka jangan jadi Johor. Melaka jangan jadi negeri deposit BN. Kita kena ada pembangkang yang baik di Melaka.

Masalah dengan Melaka ini adalah Ketua Menterinya. PAS di Melaka jadi susah bila berdepan dengan kepimpinan BN yang macam Ali. Betul, dia tak berapa pandai berucap. Balik-balik ‘kanji dalam perahu’; balik-balik ‘kanji dalam perahu’. Tapi Ali ada keistimewaan. Kerajinan Ali kalah kita dibuatnya. Orang meninggal, kahwin, gotong royong, majlis apa sekalipun Ali akan ambil berat. Ini bukan soal orang kawasan dia sahaja. Dah seluruh Melaka di jadikan tempat berhimpun. Penat kita dibuatnya.

Ali ini pula seorang yang tak berapa pandai nak buat orang marah. Dengan Perhubungan PAS Melaka pun dia baik juga. Jumpa dia tegur. Dia tak kekok bersalam. Macamana kita nak lawan orang yang mempunyai peribadi yang baik?

Tapi, apapun kita kena berusaha. Kita kena tingkatkan kembali peratusan sokongan. Kalau sebelum ini sekadar 36%; kita letaklah matlamat tinggi sedikit. 45 %? Boleh?

Ana cukup percaya; kita mampu dapat penambahan. Menang itu ada sedikit susah.

Siapa kita nak letak sebagai calon. Ana rasa; kita perlu ketengahkan calon ‘negeri’; bukan calon Merlimau. Sebabnya, kalau menang di Merlimau – kita nakkan suara ‘PAS’ di Negeri. Bukan setakat di Merlimau. Kita ada keyakinan juga. Walaupun tak berapa nak tinggi.

Rata-rata nak tengok calon muda. Lelaki atau wanita itu – terserah. Tapi dengan apa yang berlaku kepada di Tenang; eloknya kita letak calon lelaki. Kesian dengan calon kita. Habis remuk cerita dalam kain semua keluar. Simpati kita dibuatnya.

Kita banyak calon di Melaka:

Ustaz Adly Zahari, Ustaz Harun Mohamed, Ustaz Kamaruddin Sedik adalah antara yang boleh ketengahkan. Kita kena ketengahkan orang yang ada dalam hierarki parti. Ini lebih mujarab.

Kita kena bagi tentangan di Merlimau ni. Kita kena cuba. Insya’allah – akan dibantu oleh Allah SWT sehingga ke akhir.

Advertisements