Alhamdulillah, nampaknya ramai juga kalangan teman-teman PR yang memberikan sokongan padu kepada usaha dilakukan perdebatan di antara TG Nik Aziz dan para ulama’ yang dibayar gaji oleh UMNO. Kita tak ada masalah. Boleh susun. Ulama’ JAKIM. Ulama’ YADIM. Ulama’ IKIM. Ulama’ Majlis Fatwa. Mufti-mufti untuk melakukan perdebatan dengan TG Nik Aziz. Kita tak ada masalah. Ulama’ dibayar gaji oleh UMNO mestilah sokong UMNO. Kalau tidak gaji kena tahan. Proton PERDANA yang dipakai akan ditarik balik. Segala macam keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan akan ditarik balik.

Kita pun tak tahu apa yang jadi masalah sangat kepada alim ulama’ ini. TG Nik Aziz hanya bercakap mengikut hukum dan adab. Kalau ada pun beberapa fatwa yang kontroversi; ini bagi memajukan akal. Jangan terbiasa dengan pemikiran lama. Ini tandanya kemajuan. Ini tandanya kita berijtihad. Kena hormatlah kalau ada ulama’ yang berani berijtihad. UMNO ni cukup takut kalau ada alim yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka. Tengok apa jadi pada Asri. Habis dirosakkan kredibiliti dan imejnya.

Ni nak rosakkan akhlak dan tahap wali TG Nik Aziz. Tolonglah. Kaji kelemahan diri sendiri dahulu. Jangan hina TG Nik Aziz macamana mereka nak hina Asri. Level dan darjat pun dah lain.

Antara yang sokong debat ini adalah R Sivarasa (ahli parlimen Subang). Demikian juga Dr Nasir Hashim. Dr Nasir mungkin seorang sosialis; tetapi dia hormat ulama’ macam TG Nik Aziz. Hormat. Tunduk. Kasih dengan kehadiran TG Nik Aziz.

Pada ana, tak ada salahnya nak debat dengan sesiapapun jua. Apatah lagi nak berdebat dengan TG Nik Aziz. Pemikiran Islam TG Nik Aziz memang ada dalam otak sahaja. Tak perlu buat tesis. Pemikiran Islam inilah yang menjadikan Kelantan sehebat yang ada hari ini. Ini yang buat Tok Pa pening kepala. Kasyaf TG cukup tinggi.

Gelombang Merah?

Ana nak tergelak pun ada dengan program budak-budak Pemuda UMNO Kelantan. Gelombang Merah? Konon nak buat kejutan macam Gelombang Biru terengganu. Kena tanya diri sendirilah – mana letaknya muka Deris Jusoh hari ni? Dia yang buat Gelombang Biru. Sudahnya, dia pun tenggelam dalam gelombang.

Kita tak payah lawan gelombang lah. Kita kekal pada Islam. Tak terlawan gelombang bodoh pemuda kelantan ini.,,

* ana masih ketawa….tak ada ke program yang bijak sedikit.

Advertisements