Alhamdulillah, semuanya berlangsung seperti yang dirancang. Nampaknya, rayuan PAS agar Anwar Ibrahim kurang-kurangkan lawatan ke Tenang mendapat reaksi yang baik. Anwar tidak marah. Faham bahawa Johor adalah satu tempat yang berbeza. Anwar faham, kalau dia selalu sangat turun, orang UMNO Johor akan marah. Mana tidak, kalau dulu, waktu Anwar turun ke Johor sebagai TPM – Muhyiddin Yasin adalah antara orang pertama akan turun cium tangan. Bosssss….panjang sahaja muncung Muhyiddin. Sekarang ini, Muhyiddin sudah jadi fobia dengan Anwar. Ngeri.

Kaedah kita dalam PAS mudah sahaja. Terus terang. Kalau kita tak mahu Anwar selalu turun. Kita beritahu sahaja. Tidak ada cakap belakang. Kita pun cakap benda sama kepada DAP. Tapi undi Cina penting. Kita tak boleh kalau arah Kit Siang dan Guan Eng tak turun. Payah kita. Teo Serdang pun selalu turun. Comel. Suka juga ana tengok pemimpin muda Cina ni. Lincah. Pandai cakap. Mudah untuk menarik perhatian orang.

Tenang memang kita kalah. Kita jangka. Ada peluang menang. Tapi terlalu nipis. Sangat nipis. Jadi, kita di kalangan jentera pun buat kerja sepertimana yang diarahkan. Ikut kata pimpinan. Sokongan nampak ada. Orang Felda memang nak sokong kita, tapi tak boleh nak buat secara terbuka. Bahaya.

Kita jangan paksa orang Felda keluor tengok kita. Mereka cari makan. Kalau kena ugut nanti. Yang susah kita. Kita pun minta derma nak buat aktiviti. Kalau mereka putus punca pendapatan. Mana kita nak bayar dia orang ni.

Dalam pada kita sibuk di Tenang; naik angin juga dengan khabor angin di Merlimau. Ada pula kata yang kita tak boleh nak menang Merlimau. Kena beri peluang kepada Abang ‘Pen’ PKR nak bertanding. Abang ‘Pen’ boleh menang ker? Sebelum ni pun bertanding pun kalah juga. Walaupun di kawasan lain.

Jangan tutup jalan kita. PAS berhak tanding di Merlimau. Kita ada jawatankuasa yang aktif di Merlimau. Kerja dah buat lama.

Kita minta Anwar ingatkan PKR. Jangan nak potong jalan PAS. Tak elok begitu. Jangan jadi ulau. Melingkau atas pagau. Tunggu nak patuk kawan-kawan.

Kata orang Melaka – jangan jadi hawau….nanti parti jadi lahabau.