Salam.

Ana kadang-kadang jadi keliru dengan pandangan kawan-kawan dalam parti yang menghina pencalonan aktivis wanita kita, Normala sebagai calon di kawasan Tenang. Apa masalahnya? Kononnya ada yang kata bahawa ini formula untuk merosakkan parti. Ini formula untuk memastikan kekalahan. Ini formula yang menyebabkan PAS akan tewas. Dan macam-macam penghinaan lagi. Salah sangatkah Normala yang banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk menegakkan Islam?

Memanglah dia tidak lahir di Tenang. Dia orang Muar. Orang Serom 3. Kira-kiranya dekat dengan Bukit Gambir dan Tangkak. Itu pun jadi masalah? Habis yang tokoh agama Kedah, yang bertanding di Kelantan tu apa namanya? Lain pulak hukumnya.

Janganlah kita nak tertutup sangat dengan segala macam pandangan. Kalau wanita tak boleh terlibat; kita janganlah beri wanita jadi Senator, Wakil Rakyat dan sebagainya. Tapi dah beri peluang kepada wanita pegang jawatan – dalam isu Tenang; kita pula nak kritik keputusan parti. Apa jenis orang lah ni?

Dalam PAS ini kita kena akui – memang pelik. Yang berlagak ustaz/imam/wali pun ramai; padahal mereka juga yang pergi beli nombor. Mereka yang kahwin cerai. Mereka juga yang main sabung ayam. Tapi bila bercakap pasal hukum mengalahkan Hakim Syarie.

Kita kena terima calon wanita seadanya. Janganlah PAS nak jadi Taliban sangat. Tak perlu.

Kita kena terbuka sedikit dalam banyak isu. Tak payah nak timbul huru hara dan merosakkan parti.

Ana kadang-kadang sakit hati dengan orang kita yang terlampau ulama’ dalam isu yang tak berapa perlu sangat ni. Kita letak Dr Lo’ Lo’ misalnya; Menang! Terburai UMNO di tangan muslimah PAS. Apa masalahnya?

Ana nak nasihat orang kita yang tolak calon Muslimah ni…jangan la jadi radio buruk yang merosakkan parti. Macamlah bagus sangat. Halal haram. Anak sendiri pun jadi bohsia. Kita jangan bangga sangat dengan serban keliling tu – kalau cari makan melalui rasuah. Sibuk nak mengutuk pimpinan kerana pilih calon wanita.