Salam Isnin. Ana sengaja nak mulakan dengan info yang ana dapat daripada rakan-rakan aktivis PAS di Kepala Batas, Pulau Pinang. Memang kawasan ini luar biasa. Kawasan bekas Perdana Menteri mestilah luar biasa. Pak Lah punya sedara mara penuh dalam masjid. Tapi ramai yang tak bersama UMNO; bersama PAS. Tapi mereka mengaku waktu Pak Lah jadi PM; mereka undi Pak Lah. Sebab ada pertalian darah. Keluarga Pak Lah pun memang dekat dengan masyarakat Kepala Batas.

Ana cuma sampaikan kesedihan rakan-rakan aktivis PAS yang terasa amat tertekan dengan apa yang berlaku di PP. Mereka kata, dengan kepimpinan Guan Eng; suara PAS macam tak kedengaran langsung. Malik Itik bukannya suara yang boleh diharap. Dalam banyak isu, orang Melayu tertekan. Orang Melayu adalah pengundi Melayu. Pengundi kita di Pulau Pinang. Kalau orang Melayu dah tak berapa nak undi kita; nak menang macamana?

Ini soal pokok. Tak dapat undi. Kalah. Suara kita makin tertinggal.

Kalau dok ikut rentak DAP/PKR; kita akan menjadi kelam kabut sendiri. Komen rakan-rakan PAS di Kepala Batas; ‘buku ghaplah jingga’ yang dibuat PKR sebenarnya tidak ada nilai Islam langsung. Di mana duduk agama Islam? Mana satu point dalam buku ghaplah jingga yang ada ciri Islam? Ana tengok…memang lah tidak jelas sangat bab Islam nya.

Tapi kalau kita mempunyai kerajaan yang mempertahan nilai Islam; melalui kebajikan – dikira Islam juga. Kita kena jelas bab ini.

Kalau kita mampu kurangkan kemiskinan. Itu Islam. Kalau kita dapat wujudkan pekerjaan. Itu Islam. Mungkin tak sebut Islam; tapi nilai Islam itu ada.

Guan Eng kata kawan-kawan; mesti buat lebih banyak tentang Islam. Banyakkan bantuan. Tambah peruntukan. Gunakan agensi Kerajaan Negeri dengan lebih berkesan. Jangan sibuk dengan buku ghaplah jingga – sampai pengundi pun diketepikan.

Masih ramai yang miskin di Penang. Masjid/surau pun bukan elok semua. Termasuk di Kepala Batas; banyak lagi yang perlu dibuat. Kita kalau menang di Kepala Batas; kira PAS memang mantap. Calon UMNO pun kurang wibawa. Katanya anak Merican nak tanding. Ada yang kata, anak Pak Saidin. Kita boleh hadap semua tu.

Janji kita buat kerja kita.

Advertisements