Ronnie Liu ini sememangnya sudah banyak kali meletakkan kita dalam keadaan yang serba salah. Macam-macam hal. Dulu, Hassan Ali nak dakwa kes arak – dia yang selamatkan tokey tokey Cina yang kaya raya di Selangor ini. Habis kita nampak macam parti yang tidak ada sebarang suara. Nampak sangat kita ni macam tak ada makna dalam PR. Takkan si apek Ronnie Liu ni tak tahu; kita jaga kepentingan umat Islam. Kalau ada perkara yang berlaku; tidak selaras dengan cita-cita Islam; ke mana kita nak letak muka.

Siapa yang berjamaah di Kota Damansara semalam pasti perasan bagaimana penceramah sentuh mengenai kelemahan ‘kerajaan tertentu’ nak menegakkan Islam. Boleh juga kita katakan Kerajaan Persekutuan. Tapi ustaz tu kata, bagaimana nak tegak Islam – kalau anak Melayu hidang arak pun tak jadi salah di negeri kita? Ana terus terasa. Ana rasa ustaz ni nak kenenkan kepada parti kita. Memang ana terasa.

Ronnie Liu ni ana tengok memang sudah jadi beban kepada PR di Selangor. Beban kepada DAP. Beban kepada PAS. Beban kepada semua. Mana tidaknya, kita sedap nak tegakkan Islam – dia sibuk nak jaga orang kongsi gelap. Sibuk nak pertahan tokey arak. Payah la kalau ini macam.

Ana nak tegaskan; ingatan buat kita semua – jangan ada banyak sangat model Negeri Islam ini. Kita kena tegas dan tegakkan yang hak. Jangan nak dolak dalik. Jangan nak u turn. Jangan nak main kong kali kong. Jangan nak tipu muslihat.

MPSJ dah buat peraturan yang sangat baik. Sangat islamik. Sangat berkait dengan usaha kita nak tegakkan negeri Islam. Kita jangan hipokrit. Cakap lain. Buat lain. Sudahnya – orang menyampah dengan kita. Kalau dah kata Bedah, Senah, Ina, Wati tak boleh hidang arak; kita laksana terus! Jangan tarik tarik. Ini tidak. MPSJ buat. Kerajaan Negeri tarik balik. Aduhai….letih….

==============================

=========================
MPSJ diarah tarik larangan kerja di tempat jual arak – Malaysiakini

Exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu (kiri) mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.

“Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” kata Liu.

========================================================

Ini bukan kerja portal UMNO. Ini dalam Malaysiakini. Macam mana kita nak jawab? Macamana kita nak beritahu pengundi? Macamana kita nak tegakkan Islam?

Agaknya betullah…nak tegakkan Islam ini banyak cabaran. Tak cukup setakat ‘takbir, takbir, takbir’ sahaja. Tak cukup solat hajat sahaja. Kena buat dan laksana. Bab itu yang payah…

Wallahu’Alam.