Ana ucap terima kasih kepada PAS DUN Kota Damansara yang sudi menjemput ana di dalam majlis motivasi pilihanraya yang diadakan. Sesekali bila dijemput di dalam acara motivasi seperti ini memang menyeronokkan. Ramai kawan. Ramai pemimpin parti yang kita jumpa. Ramai tenaga kerja PAS akar umbi yang memberikan kita semangat untuk meneruskan usaha untuk memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa yang dilaksanakan oleh PAS DUN Kota Damansara adalah sesuatu yang wajar diteruskan oleh semua pihak di seluruh negara. Semangat warga PAS DUN ini luar biasa. Walaupun wakil rakyat DUN adalah seorang ‘sosialis’ – Dr Nasir; PAS tak pernah rasa ragu nak berikan kemenangan kepada orang seperti Dr Nasir.

Dr Nasir memang totok ‘sosialis’. Ramai juga orang PAS yang rasa macam tak berapa kena. PAS sokong sosialis? Itu tak ada kena mengena. Yang penting, kita nak tegakkan perjuangan Pakatan Rakyat. Apatah lagi PR di Selangor kena serang dengan teruk. Kita kena perkukuhkan semula semua semangat dan cita-cita kita.

PAS DUN Kota Damansara tak pandang Dr Nasir sahaja. Kita pandang jauh. Kita pandang Selangor. Kita pandang Malaysia.

Kawan-kawan di DUN ini faham dengan tugasan mereka memastikan kemenangan di DUN Kota Damansara. Kita kena kenal dengan semua orang; semua pengundi. Bergerak aktif di surau dan masjid. Kena aktif dengan solat hajat dan qiyamullail. Masuk PIBG di sekolah. Kena tebas semua.

Memang banyak suara tidak puas hati dengan wakil rakyat. Tetapi, itu semua diketepikan bagi memastikan Kota Damansara kekal di bawah teraju kepimpinan PR. Khabarnya, UMNO sedang bersedia dengan calon-calon muda di kawasan ini. Ada seorang yang disebut akan menjadi calon utama adalah Harison Hasan. Pegawai Khas, Menteri Dalam Negeri. Kita terima sahaja. Kalau betul dia bertanding; kita pun banyak cerita tentang dia. Senang nak tewaskan di Kota Damansara.

Pimpinan juga ditanya, kemungkinan DUN ini ditandingi PAS. Insya;Allah akan diusahakan. Ana percaya, pimpinan Pusat faham sangat dengan kekangan ahli di bawah. Akan diusahakan tu. Insya’Allah.