Salam.

Ana tahu, mungkin ramai yang akan mengutuk Ana kerana memberikan ucapan tahniah kepada SUK Selangor yang baru. Ana kenal YB Khusrin. Banyak juga urusan – sewaktu Ana bertugas di Selangor; yang memerlukan ana bertemu dan berinteraksi dengan YB Khusrin. Orangnya mudah. Memang tidak boleh ‘dijual beli’. Memang lurus dan bertindak mengikut prosedur dan peraturan. Inilah style Khusrin. Ini yang buat dia hebat.

Sebab itulah, ana rasakan PAS Selangor tidak sangat bising pasal Khusrin. Kita kenal Khusrin lama. Bukan macam orang lain.

Khusrin ini pada ana, akan memberikan impak dan kesan yang baik kepada politik PAS di Selangor. Biarlah orang nak kata apa dengan Khusrin; tapi ana tetap menganggap Khusrin sebagai aset kepada PERJUANGAN ISLAM di Selangor. Ini ana boleh pastikan. Manakan tidak, waktu BN memerintah pun; JAIS boleh bekerjasama dengan PAS secara elok. Orang mungkin anggap Khusrin sebagai pemimpin JAIS yang tak membantu; tapi pada ana….dia banyak membantu perjuangan ISLAM.

Dalam kes Dr Maza; sebenarnya Khusrin bertindak atas info orang kita sendiri. Dr Maza ini kalau dibiarkan; menurut seorang pemimpin PAS Selangor; akan menyebabkan ramai orang PAS akan terikut-ikut dengan pemikiran TAJDIDnya. Pemikiran baru ini tak boleh kita biarkan. Pada ana, meraikan perbezaan pemikiran itu bagus. Tapi tidak kepada pemimpin PAS Selangor. Sebab itu, tanyalah Khusrin; siapa sebenarnya yang buat laporan mengenai Dr Maza? Siapa? Bukan orang lain…pemimpin kita juga.

Dalam konteks perjuangan ISLAM, apa salahnya bekas pemimpin JAIS jadi SUK Negeri Selangor? Thiqqahnya ada. Baik budi. Jujur. Ikhlas. Nak apa lagi?

Sampai sekarang; bila kita tanya dengan MB Selangor; siapa calon pilihannya? Tak boleh nak beritahu.

PAS pada ana, kena terima Khusrin seadanya. Dia adalah pejuang Islam macam kita. Dia adalah pengamal hukum dan prosedur yang baik. Beliau adalah juga aset kepada perjuangan PAS.

Sebab itu, sebagai ahli parti – ana ucap tahniah kepada YB Khusrin. Semoga boleh membantu PAS membawa idealisme Islam; ketika mana ‘kawan-kawan’ kita pun tak berapa nak dengar mengenai Islam. Kita doakan Khusrin berjaya.

Siapa yang nak lawan Sultan – silakanlah. Ana rasa….tak ada untungnya.