Teman ucapkan tahniah kepada Dewan Ulama’ PAS Kedah yang tegas mempertahankan konsep kepimpinan ulama’ didalam PAS dan menolak buku bertajuk “Menuju PAS Baru” tulisan Dr. Mujahid Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar (kenyataan Sheikh Yusuf Mahmud, Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Kedah teman perturunkan dibawah).


Kalau dikaji apa yang ditulis oleh Dr. Mujahid, teman dah tak nampak apa bezanya PAS nanti dengan parti politik nasionalis yang lain. Sebenarnya kalau diikutkan, PAS sendiri adalah parti yang memang pun bersifat Islamis-nasionalis. Namanya pun “Parti Islam SeMalaysia”, nasionalis lah tu. Islam di Malaysia. Atau dengan kata lain, “Parti Islam Kebangsaan” “Parti Islam Nasional” atau “Parti Islam Negara”. Semuanya membawa makna yang sama. Pokok pangkalnya semangat nasionalis didalam PAS sudah ada, cuma bezanya ia meletakkan perjuangan mendirikan negara Islam sebagai matlamat.

Secara ringkasnya, Dr. Mujahid mengajak ahli PAS supaya “menasionalkan & memperkebangsaankan PAS!“. Antaranya, beliau mencadangkan supaya ahli PAS lebih mendekati Perlembagaan Persekutuan, lebih kerap menyanyi lagu NegaraKu, banyakkan memakai baju kebangsaan dan lain-lain. Teman tidak kata ianya salah, tetapi ianya akan menjadikan PAS sama dengan parti politik yang lain. Itu sahaja.

Ini adalah pandangan Zul ‘Lompat’ Kulim mengenai tindakan Dewan Ulama’ PAS Kedah yang menolak secara menyeluruh saranan yang dikemukakan oleh Dr Mujahid. Kita kena ingat, Dr Mujahid ini bukannya orang baru dalam PAS. Jiwanya PAS. Dibangunkan dengan pemikiran PAS yang tulen. Siapa Zul nak tentukan mengenai PAS? Dia sendiri tak tentu hala – pejabat wakil rakyat kulim pun tak terkawal.

Ana nak ingatkan semua rakan-rakan seperjuangan dalam PAS; Zul ini macam orientalis juga perangainya. Nak rosakkan kita. Pandangan Dr Mujahid adalah pandangan yang wajar kita raikan. Bukan soal PAS nak jadi ‘kebangsaan’ – tapi PAS yang lebih membawa matlamat nasional akan lebih diyakini oleh kaum-kaum lain di Malaysia. Nak suruh mereka terima kita atas landasan Islam SEMATA – adalah sesuatu yang amat sukar.

Kita kena agungkan semula pemikiran Dr Burhanuddin al-Helmi; seperti yang dihajati oleh Dr Mujahid. Malahan, kedua-duanya mempunyai FIKRAH YANG SEGAR; yang mampu membantu PA dalam jangka masa panjang.

Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:

Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.
Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Salah untuk jadi kebangsaan? Wataniyyah?