Beza yang nyata antara Presiden PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah keberanian kita untuk bercakap perkara benar; walaupun mungkin ianya pahit untuk diterima dan ditelan. Ini beza. Kerana perjuangan kita ke jalan Allah SWT; kita tidak takut nak beritahu umum bahawa Pakatan Rakyat masih belum elok dan wajib diperbaiki. Inilah namanya perjuangan yang jujur dan ikhlas.

Kita cakap terus terang. Prinsip Negara Islam belum selesai. Kita masih menunggu DAP dapat menerima Negara Islam secara keseluruhan dan tanpa syarat. Jangan cakap tentang perlembagaan sahaja. Mesti terima Negara Islam; prinsip dan amalannya secara keseluruhan. Bukan pilih-pilih dan ambil yang sesuai sahaja. Tak elok begitu. Sebab itu apabila TG Haji Hadi bercakap dengan ikhlas soal Negara Islam ramai yang dapat terima. Ana tengok twitter Elizabeth Bogel pun dia terima. Malah Elizabeth Bogel sendiri terpesona dengan ucapan TG Haji Hadi. Inilah yang ana katakan – tidak salah kalau nak bercakap benar.

Kita jangan sorok-sorok masalah. Kalau ada masalah; ada pekung kita kena tangani. Bukan sorok.

Ana puji sikap keikhlasan TG Haji Hadi untuk kembalikan wacana Negara Islam ini. Jangan kita tinggalkan. Inilah perjuangan asal kita. Kalau kita tolak ansur bab ini; hormat orang kepada kita akan hilang. Jangan cakaplah pasal negara berkebajikan; kalau negara Islam kita pinggirkan. Tak kena. Tak sesuai.

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya  terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat  mengenai  isu Malaysia sebagai  negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional  memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau  menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan  mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. 

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara.  Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Eloklah Karpal dah terima dan sedar. Ini bukan soal runding. Ini soal terima dan amal. Kalau PR angkat Islam; ana yakin – kita akan dapat menang pilihanraya dengan baik.

“Negara Islam ialah negara yang berada  di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

Advertisements