Ana nak ucap tahniah kepada kalangan YB PAS yang dapat menjaga perasaan dan tidak terjerumus di dalam permainan gantung di Parlimen. Alhamdulillah. Pada ana, dalam pada kita mendokong Pakatan Rakyat; janganlah sampai kita kena gantung tugas. Pada ana, ianya tidak elok untuk parti dan rakyat.

PAS memang antara penyokong kuat PR. Tapi dalam permainan provokasi di parlimen ini bukan kerja kita. Ada kawan-kawan ana dalam PKR yang sudah mula tuduh PAS tak berani nak bersama dalam kemelut Parlimen. PKR ada. DAP ada. PAS? Ana kata, ini bukanlah permainan politik yang mendatangkan kebaikan. Malahan, boleh mendatangkan masalah jangka panjang. Ana rasa, tak perlulah kita nak bersama kena gantung.

Angkat manila kad, tulis kangaru, tulis parlimen rubber stamp – kita boleh buat. Tak ada masalah. Tapi nak gantung; nak biarkan suara pengundi tak kedengaran di Parlimen itu macam permainan budak budak. Ana diberitahu oleh seorang YB PAS, memang ada tekanan untuk salah seorang YB PAS kena gantung. Mahfuz antara nama yang diminta untuk terbabit. Tapi, ana lega – sebab YB PAS tak ikut cakap dan arahan merosakkan macam ini. Kalau nak main politik pun; biorler ceredik sedikit. Jangan le main ikut ajer.

Ana puji cara dan kaedah yang dibuat oleh timbalan presiden PAS. Bijak. Bersama dalam sidang media. Tapi tidak mengikut sahaja permainan politik rakan PR. Ini bijak.

Maksudnya : “Empat perkara, barangsiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah munafiq yang sebenar dan barangsiapa yang memiliki salah satu daripadanya maka dia telah memiliki salah satu daripada sifat munafiq dan dia kekal memiliki ciri-ciri munafiq sehingglah dia meninggalkannya: apabila diberi amanah di khianat, apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bermusuhan dia berlaku jahat”.
(Shohih Muslim – Hadis ke 88)

Kita jangan khianat dengan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Allahuakbar!

Advertisements