TERKINI. Beberapa pegawai SPRM dikatakan hadir ke rumah Arifffahmi, anak menantu TGNA pagi tadi. Awal pagi. Ana dapat sms daripada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan kira-kira jam 3 pagi. Rumah mantan CEO PMBK sudahpun dijengah oleh SPRM. Nampaknya, banyak kotak-kotak yang telah dipungut oleh SPRM. Termasuklah beberapa laptop yang menjadi kegunaan Ariff sewaktu menjadi pemimpin di PMBK.

Ana terduduk. Ana termenung. Ana risau dan khuatir dengan bala dan malapetaka apa lagi yang akan mendatangi kita. Ana terus sms beberapa rakan-rakan rapat; dan setuju untuk terus keluar ke Masjid Salahuddin Al Ayyubi Taman Melati, bagi menjayakan solat hajat agar Ariff tidak berhadapan dengan masalah yang besar. Ana bukan sayangkan Ariiff sangat. Waktu dia jadi CEO PMBK, apa yang pernah dia bantu ana dan rakan-rakan? Tak ada! Ada sekali, kami mohon PMBK untuk taja perjalanan ke Kemboja; lapan bulan surat tidak berbalas.

Ana tak suka sangat Ariff; tapi ana risau dengan isu yang dapat dikaitkan dengan TGNA yang tidak sihat. TGNA ana sayang. TGNA ana hormat. TGNA ana tak sanggup nak ketepikan begitu sahaja.

Ariff memang mendatangkan masalah kepada kepimpinan TGNA dan PAS seluruhnya. Sewaktu dalam PMBK; banyak perkara yang merisaukan telah mula menjadi masalah. Dalam pada kita gelakkan Mat Tempe Selangor; rupa-rupanya kita pun ada masalah. Anak menantu yang tak sedar diri. Duduk bergelumang dengan kekayaan PMBK: tanpa rasa malu dan segan.

Dalam pada itu, ana nak minta rakan-rakan kita doakan Ariff Fahmi dan TGNA secara bersama. Kita jangan tinggalkan anak menantu; ketika mana kita berdoa agar ALLAH SWT mengurniakan kesihatan berkekalan kepada TGNA. Soal Ariff adalah soal lain. Dia rasuah. Dia jawab.

Kita harap kotak-kotak yang dibawa SPRM tidak melibatkan TGNA. Kita tak mahu TGNA jadi mangsa rakus anak menantu. Kita tak mahu TGNA jadi masalah dengan perangai Ariff Fahmi. Ana nak doakan mereka sekeluarga beroleh keamanan. Jangan ada gangguan.