Ramai juga di kalangan penggerak parti PAS di Sabak Bernam urut dada apabila membaca tindakan DAP Selangor melantik ‘Azman Masri’ sebagai AJK DAP Selangor. Kita pun tak tahu nak persoalkan siapa….nak persoalkan agenda DAP; atau nak persoalkan lemahnya iman Melayu bernama Azman Masri untuk menyertai DAP. Inilah agaknya sebahagian daripada budaya baru politik. Melayu. Islam. Tapi belum tentu nak menegakkan syiar Islam. Melayu. Islam. Tetapi belum tentu nak bersama dengan kita di dalam PAS. Ini hakikat politik.

Azman Masri ini hanyalah contoh kecil bahawa akan lebih ramai Melayu-Islam yang akan ‘terikut ikut’ dengan politik DAP. Kita nak kata apa. Kita dokong juga DAP dalam PR. Tak apalah. Akhirnya nanti, tanggungjawab kita adalah melakukan dakwah agar kurang Azman Masri lain yang sanggup bersama dengan DAP.

Strategi sama sakan DAP laksanakan di Perak. Khabarnya, ramai juga jelmaan Azman Masri yang akan dipilih, dilatih, dididik, dibina sesuai dengan pemikiran DAP. Ramai lagi. Termasuklah beberapa orang Melayu-Islam yang akan dibawa sampai ke peringkat MB DAP.

Ana malas la nak cakap pasal kesan tindakan ini kepada PAS. Apakah DAP masih tak mahu terima Nizar lagi? Apakah DAP dah hilang percaya dengan politik Islam PAS? Apakah DAP sudah mempunyai jalan sendiri.

DAP jangan cari pasal dengan kita. Di Perak, tanpa adanya bendera BULAN; jangan harap wakil rakyat DAP nak rasa jadi Kerajaan. Ngeh dan Nga jangan nak tinggal kita sampai macam itu sekali. Biarlah melayu duduk dalam PAS. Apa salahnya…

Kita tak boleh nak kata apa – sebab ini adalah strategi mangkuk hayun Cina Bukit dalam DAP. Depa dah tak boleh nak terima kita jadi lebih baik daripada mereka. Selama beberapa bulan kita memimpin di Perak; selama itu jugalah DAP rasa kecewa dengan banyak keputusan yang dibuat. Walhal….mereka sendiri yang buat keputusan.

Ana harap pemimpin PAS bawa isu ini ke sidang yang lebih tinggi. Kalau Melayu/Jawa macam Azman Masri bersama DAP; apakah nasib PAS? Tapi kalau Azman Masri bawa agenda dakwah….insya’Allah kita akan berjaya.