Rabu, 8 Disember 2010


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawa bukan Melayu, seperti penasihat DAP Lim Kit Siang, boleh dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Saya ingin bertanya: Mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan, termasuk Lim, hanya kerana dia seorang Cina?

==============================

Ana sengaja ambil tajuk daripada Malaysiakini bagi kita kalangan penyokong PAS untuk menilai kenyataan Ketua Umum PKR ini. Seperti yang ana ungkapkan sebelum ini; kita tidak ada masalah pun kalau Cina jadi TPM. Kita OK. TG Nik Aziz pun kata OK. Apa ada hal. Kita tak kisah bab-bab jawatan ini. Ini semua ‘dunia’ belaka yang membuatkan kita leka.

Tapi soalnya, apa pula kedudukan kita di mata Anwar pada keseluruhannya. PAS ini apa ‘tahapnya’. Apa level kata orang muda? 

Jangan pulak dalam pada kita buka ruang kepada Cina jadi TPM; dalam masa yang sama kedudukan Islam jadi payah dan susah. Itu yang kita tak mahu. Kalau Cina boleh jaga orang islam; boleh jaga masjid; boleh jaga agama Islam dengan baik….WHY NOT? Cehwah…cakap omputeh.

Kita memang percaya, Kit Siang, Guan Eng memang lebih berintegriti berbanding kalangan ahli politik Islam pun. Yang dalam PAS pun ada perangai buruk lebih daripada Cina macam Kit Siang dan Soi Lek. Ada….jangan tak percaya. Ana kata ada. Kita jangan anggap semua ahli kita ‘ahlul jannah’ belaka. Kita pun parti politik juga. Mana kita nak control semua orang.

Advertisements
Ana semalam bertegang urat juga dengan seorang aktivis PAS kita di PULAPOL. Hehe…jangan tak percaya; dalam PULAPOL pun kita ada pendokong. Sebab itulah waktu Zulhasnan Rafik (MP Setiawangsa) lawan dengan calon PKR; kita masih dapat ratusan undi pos. Jangan terperanjat. Inilah kehebatannya jentera kita. Sampai dalam tempat Polis pun kita ada kawan-kawan.
Ana sedikit naik angin; apabila Md Din; mengherdik tindakan Anwar Berahi(m) yang mengatakan jawatan Timbalan Perdana Menteri sudah dijamin milik Kit Siang. Md Din naik angin sebab Kit Siang ini memang tidak boleh diterima sebagai pemimpin Negara. Md Din yang memang jalur keluarganya memang orang Polis sejak dulu; menganggap Kit Siang sebagai ‘talibarut komunis’. Mentaliti Md Din memang macam zaman Bukit Kepong. Semua Cina tolong komunis. Habis Cina yang kena sembelih dengan komunis itu apa cerita? Memang payah kalau ada orang kita yang tak ‘cekap’ politik.
Apa salahnya kalau Anwar Berahi(m) nak serahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang. Pada ana, bagus. Ini menjanjikan orang Cina akan mengundi PR. Ini kita kena kaji secara menyeluruh. Jangan cepat naik angin. UMNO akui bahawa hampir 90 kawasan yang mereka menang perlu undi Cina dan India. Ini yang kita kena tarik dan pastikan. Kita kena pastikan undi Cina akan dapat kekal bersama PR.
Penang kita dah tak perlu risau. Walaupun ‘mamak mendeliar’ yang ramai yang mengamuk kononnya lapar tak makan di bawah pemerintahan Guan eng; ana tak nampak pun begitu. sekolah agama Guan Eng dapat berikan sumbangan banyak. Jaga hati para ustaz dan ulama’. Beri elaun khas kepada al Hafiz. Tak Islam lagi?
Pada ana, daripada sudut strategi – Kit Siang memang layak jadi Timbalan Perdana Menteri. Tak ada masalah. Kita, wakil PAS – patut jaga hal ehwal islam. menteri Agama kalau masih bagi pada Kit siang memang gila la jawabnya. Bab agama, biar kita yang jaga dan pelihara. Insya’Allah – aman damai Malaysia.
Kit Siang kita jadikan umpan politik nak menarik undi Cina. Cina suka Kit Siang. Cina suka Guan eng. Kalau ambil salah seorang pun; mereka akan kembali menyokong dan memberikan sokongan kepada kita.
soal TPM ini bukan soal besar kepada PAS. Kita tak heran pun. Orang kita jangan terlalu kemaruk sangat dengan jawatan TPM. Perjuangan kita bukan sebab jawatan. Kita tak perlu sangat nak hiruk pikuk bab TPM ni. Bagi pada Kit Siang. Nak lengkap lagi; Kit Siang TPM – Setiausaha Politik biar bagi pada elizabeth bogel. Aman dunia.
Untuk itu, baginda Rasulullah SAW telah bersabda kepada sahabatnya, Abdul Rahman bin Samurah:“Hai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan engkau meminta untuk memegang jawatan pemerintahan, kerana kalau engkau diberi jawatan itu kerana permintaan, nescaya engkau diserahkan kepada jawatan itu. Tetapi kalau jawatan itu diberikan kepada engkau, tanpa permintaan, nescaya engkau akan mendapat bantuan dalam melaksanakannya. Apabila engkau bersumpah (untuk menjalankan atau meninggalkan sesuatu hal), kemudian engkau lihat ada yang lebih baik dari itu, hendaklah engkau langgar sumpahmu itu dengan membayar kifarat dan perbuatlah yang lebih baik.” (Sahih al-Bukhari). 

Kita tak nak TPM; kita ada agenda yang lebih besar – NEGARA ISLAM!!!