Ana susah nak pertahan kenyataan Presiden PKR mengenai ‘anugerah Tuhan’. Sewaktu ana bersolat Subuh di Masjid al-Ridhuan Ulu Kelang; satu usrah yang mengumpulkan kawan-kawan penyokong PAS pun rasa nak pengsan dengan kenyataan berani mati Presiden tersebut. Bukanlah kami nak menolak kenyataan seorang isteri yang mendewakan suami. Memang elok buat begitu. Syurga seorang isteri memang dengan suami; tapi kita kena tengok dalam erti kata politik. Apakah Anwar itu anugerah kepada politik kita? Apa tahapnya? Wali? Ulama? Pemimpin biasa?

Wan Azizah boleh kata apa sekalipun. Ana masih ingat, sewaktu ana berada di rumah Anwar sekitar tahun 1998; seorang pemimpin PAS sendiri pernah kata Anwar ini NABI kepada orang Melayu. Pemimpin PAS itupun masih hidup sampai hari ini. Pegang jawatan tinggi lagi. Jadi apa salahnya Azizah nak kata Anwar anugerah Tuhan. Ok apa?

Kalau Anwar anugerah Tuhan; siapa pula Tok Tok Guru kita? Bukan anugerah Tuhan juga? Apa kedudukan Nik Aziz berbanding Anwar. Ilmuwan agama. Bijaksana. Pandai memimpin. Handal dalam mengemukakan pandangan dan fatwa. Pastinya TGNA juga adalah anugerah Allah kepada kita. Itu lebih awla’ untuk disentuh oleh Presiden PKR berbanding hanya meletakkan Anwar sebagai wakil Tuhan di bumi.

Presiden PKR kena maklum dan faham; bila buat kenyataan macam itu – yang merasa susah nak pertahan adalah kita dalam PAS. Yang pergi surau/madrasah/musolla orang PAS. Orang PKR; jejak kaki ke surau pun jarang2. Kita ni yang selalu ada dalam dewan solat. Tapi janganlah buat kenyataan yang bersifat macam itu. Payah kita nak jawab.

Soal samada Anwar itu anugerah dan ‘kifarat’ Allah kepada orang di Malaysia bukan Presiden PKR yang layak tentukan. Rakyat akan tentukan dalam PRU yang akan datang. Kalau masih sibuk di mahkamah; masih anugerah Tuhan? Atau cilaka yang akan menimpa kita dalam PR.

Apabila Ibrahim bermohon kepada Allah diayat 14:40, dia tidak bermohon untuk diberikan kekayaan ataupun kesihatan; anugerah yang dimintanya adalah: “Tolonglah Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mengerjakan sembahyang (Salat).” Fungsi agama yang diinstitutkan oleh Allah sebenarnya adalah anugerah dariNya. Amalan itu adalah untuk menyuburkan pertumbuhan roh roh kita. Dengan tidak mempunyai penyuburan yang sedemikian, kita tidak akan dapat berupaya untuk membangunkan kekuatan roh roh kita demi untuk menghadapi kehadiran fizikal

Allah pada Hari Pengadilan kelak. Percaya kepada Allah saja tidak akan dapat

menjamin penebusan diri diri kita; kita mestilah juga menyuburkan roh roh kita

(6:158, 10:90-92). Tambahan pula, ayat 15:99 menyatakan dengan mengerjakan

perintah perintah agama yang telah diinstitutkan oleh Allah sajalah akan menubuhkan ketakwahan yang kuat bagi diri diri kita demi untuk mendapatkan keyakinan:

“Sembahlah Tuhan kamu sehingga mendapatkan keyakinan.”

Usrah PAS di Hulu Kelang kurang percaya dengan Anwar adalah anugerah Tuhan kepada politik Malaysia. Mereka lebih percaya Anwar adalah ‘kifarah’ kepada politik Pakatan Rakyat. Ana diam….kerana tak mampu nak jawab.

Yang penting, kita jaga solat. Jangan mudah nak letak diri macam dewa atau Tuhan. Lebih molek….

Advertisements