Beliau merujuk kepada isu penindasan Israel terhadap rakyat Palestin, isu nuklear Iran dan isu cadangan penggunaan Dinar oleh Lapan Negara Membangun (D8) pada satu masa dahulu.
“Kerakusan Yahudi Israel sangat melampau sehingga halau rakyat Islam di sekitar Baitul Maqdis, merobohkan rumah-rumah mereka, membakar kampung halaman dan kebun-kebun mereka tanpa perhatian masyarakat antarabangsa.
“Perlu Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC dan negara berkecuali, mengambil sikap lebih proaktif agar masalah ini tidak terus meruncing,” katanya yang juga Presiden PAS.
Tambahnya, jika tindakan kejam itu dibiar terus berlaku, dikhuatiri ancaman keselamatan antarabangsa lebih besar akan berlaku.
Dalam isu nuklear Iran pula beliau mahu Malaysia bersikap adil dalam menyatakan pendirian.
==================================================
Ana setuju dengan pandagan TG HH ini. Sememangnya, sebagai sebuah Negara Islam; kita tidak boleh nak terlalu bermain-main dalam isu-isu yang melibatkan Negara Islam. Kita mesti suarakan. Kita mesti tegas. Kita mesti terus memberikan pandangan.

Namun, ana nak tegaskan – sebagai Parti Islam; kita pun ada tanggungjawab dan amanah. Apakah PAS sudah menyuarakan pandangan dalam isu-isu besar selama ini? Apakah PAS sudah menggunakan network Islam kita di dalam menyatakan pendirian. Apakah kita bersedia nak bersama dengan kerajaan; kalau itulah yang diperlukan oleh dunia Islam. Masyarakat mungkin pelik; dalam kita berdegar-degar bercakap mengenai keperluan kerajaan mempertahan isu internasional Islam; PAS buat apa?

Kalau dulu, kita seronok sebab Dr Syed Azman akan menjadi tokoh kita dalam hal/isu antarabangsa. Semua isu kita akan bangkit. Suara PAS akan jadi ‘terang’. Suara PAS akan jadi hebat. Kita bukan lagi jadi parti Islam kampungan. Kita bukan lagi jadi jaguh kampung.

Tapi sekarang Syed Azman nampak senyap sedikit. Mungkin kurang bajet agaknya. Parti kena bantu dia. Jangan biar senyap. Tak kena dengan kedudukan kita sebagai sebuah parti utama.

Tak payahlah dalam isu yang terlalu besar; nuklear  dan sebagainya – tapi isu dalaman kita pun tak berapa nak cantik.

Kita kena tengok/kaji kalangan wakil rakyat kita yang ‘senyap dan bisu’. Suarakan isu nasional tidak. Suarakan kepentingan rakyat pun tidak. Jadi YB buat apa? Buang masa. Jangan nak selindung; ramai juga YB kita yang tidak mampu menjaga rakyat. Bab itu, kita ada persoalkan?

Jangan harap Malaysia sahaja; PAS juga kena bukti kita mampu bersuara. Keluar dan berjumpa dengan rakan kita di Indonesia. Di Filipina. Kena keluar. Ini tidak, kalau Indonesia – kita kata Anwar dah buat. Bila Anwar sampaikan salam ulama’ Indonesia – kita seronok. Apa salah kita sendiri yang pergi? Jumpa NU. Jumpa semua pemimpin. Buatlah. Jangan tidur.

Senang nak suruh orang buat; kita buat apa????