Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

“Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka,” kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

==============================

====================================================================

Ana masih lagi berada di Serambi Mekah. Masih lagi kagum dengan pelancaran Karninal Cheng Ho. Masih lagi melihat keceriaan warga Kelantan dalam meraikan program yang hebat. Janganlah banding dengan Sure Heboh. Niat penganjuran pun lain. Satu nak jadi program hiburan dan aksi sumbang; yang ini adalah program ekonomi yang mampu membantu rakyat. Bab hiburan kita tak minat sangat.

Kita kena faham; Karnival Cheng Ho yang dirancang Husam mempunyai agenda jangka panjang. Ini bukannya program yang boleh nampak kejayaan dalam masa sehari. Kita kena beri Husam cukup masa nak jadi lebih berjaya sebagai pemimpin.

Husam jugalah yang pernah mengingatkan kita; Negeri-Negeri Pakatan Rakyat supaya menyusun agenda pilihanraya sendiri; tanpa perlu bersama dengan Persekutuan. Ini pun cadangan yang baik. Cerita-cerita pilihanraya dah dekat ni bukan kerja kita. Konon kerja kerajaan pusat yang dah rasa suasana semakin ‘cantik’ untuk pilihanraya. manakan tidak; bursa saham baik, harga saham naik, ringgit semakin cantik, Najib nampak semakin menarik – ada chance nak menang besar.

Ini semuanya strategi. Kalau kita dah menang sekian banyak Negeri; apa buat kita nak ikut mereka. Baik kita susun pilihanraya sendiri. Lebih baik.

Tapi tetap ada kesan baik dan buruk:-

1. kalau kita buat dulu; mereka boleh tumpukan kepada negeri kita (Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor). Dengan segala macam bajet yang mereka ada – susah kita nanti.
2. kalau kita buat kemudian; buatnya mereka menang di negeri lain – kacau bilau kita.
3. cukup kuatkah kita? di Kedah, ana rasa rakyat masih marah pada kita. di Kelantan, rakyat sudah kureng percaya dengan TGNA. penang, dah jadi Darul Cina Bukit. bolehkah kita menang?

Ini semua kita kena kaji secara menyeluruh. Husam pandai – tapi tak menang pun dalam parti. jadinya, cadangan Husam bukan semestinya betul. Mungkin ada silap.