Alhamdulillah, daripada terus kita difitnah oleh media; kes MB Kedah kita naik hangin satu badan – semalam sudah ada permulaan riak-riak kebangkitan PAS Kedah dengan memulakan ‘Karninal Memali’. Pada ana, ini langkah yang sangat bijak. Kita kena ingatkan kembali rakyat, khususnya generasi muda bahawa Memali adalah satu kejadian yang sangat relevan dengan kebangkitan PAS. Ramai yang menuduh kita macam-macam; kononnya kita adalah grup pengganas dan sebagainya. Kononnya Ibrahim Libya ingin mencetuskan keganasan dan sebagainya. Tapi pada hakikatnya mereka adalah penyokong kita yang setia. Mungkin cara mereka sedikit berbeza.

Kita kena faham, Peristiwa Memali berlaku ketika kerajaan masih tidak ambil berat dengan isu kemiskinan luar bandar. Memali. Baling. Semuanya menjadi pekan yang macam tak hidup. Aktiviti ekonomi terhad. Tidak ada hasil mahsul yang mampu menjadikan penduduk dan penyokong kita hidup dengan lebih baik.

Ibrahim Libya – menurut ramai orang lama di Baling; bukanlah penyokong tegar PAS. Dia lebih kepada seorang yang mahu membina karisma di kalangan pengikutnya sahaja. Ana tak pasti betul atau salah. Itu kena tanya orang lama PAS di Kedah.

Tapi, yang menjadi sedikit kekecewaan orang PAS Kedah; adalah keperluan mereka membawa Anwar Ibrahim untuk kembali ke Baling. Anwar ingatkan masyarakat di Baling; bagaimana dia menjadi pejuang kemiskinan Baling pada tahun 1973. Apa Anwar buat pada tahun 1985? Apa pandangan Anwar pada tahun 1985; pada tahun kejadian di Memali?

Bukankah Anwar berada di dalam Kerajaan? Bukankah Anwar berada di dalam kabinet? Tidak? Tapi hari ini – Anwar nak yakinkan kita = dia adalah pejuang di Memali. Penipu!

Janganlah kita nak bergantung harap dengan orang lain. Pada ana, peristiwa Memali adalah peristiwa PAS. Perjuangan kita. Bukan PKR.

Tak perlupun kita nak bawak Anak Ibrahim ke Memali. Waktu Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri arah Polis lanyak kampung; mana pergi Anwar? Apa dia kata? Apa dia buat?

Minta Anwar terangkan kepada kita!!!

Ana rasa,  kita kena jadikan Ibrahim Libya sebagai tanda penting kepada perjuangan kita. Dalam perjuangan Islam ini; kita janganlah hendaknya menjadi terlalu ekstrim. Kena banyak bersederhana. Tetapi mampu membawa perubahan. Itu yang lebih penting.

Dulu, kita bukan kerajaan. Sekarang kita Kerajaan. Kita kerajaan di Kedah dan Kelantan. Sudahkah kita tangani isu kemiskinan? Sudahkah kita tangani kemarahan rakyat yang tidak cukup mendapat bantuan? Sudahkah kita jadikan kerajaan kita benar-benar ‘islamik’? Sudahkah kita memimpin dengan jalan yang lurus dan tidak menurut kepentingan sendiri?

Ibrahim Libya mungkin bangkit menentang kerajaan; dan kita hanya menumpang sahaja. Layakkah kita? Kalau penduduk Memali sedemikian berani; kita mesti mendidik diri kita dengan agenda perubahan. Sementara kita jadi kerajaan; jadilah kerajaan yang lebih baik.

Advertisements