Ana masih di Kota Bharu sehingga Sabtu ini. Seronok melihat macam-macam program yang berlangsung di Kota Bharu. Program dengan YB-YB kita jangan cakaplah. Meriah. Memang di Kota Bharu dan Kelantan; semangat ‘Qurban’ memang dihayati secara maksimum. Sampai ada musolla yang tolak lembu; sebab banyak sangat. Diminta untuk masuk ke luar bandar; ke dalam desa dan kampung bagi memastikan budaya Qurban dapat dihayati dengan baik dan sempurna.

Ana sempat jumpa dengan ramai penggerak parti. Haji Aziz (Kedai Mulong), Ustaz Che Mat (Pasir Putih), Haji Nasir (bekas Pegawai MARA), semuanya sudah lama bergiat dengan PAS. Alhamdulillah, dengan gerakan mereka ini – ramai yang semakin kukuh memberikan sokongan kepada PAS.

Ana lega, kalau menurut kata Haji Aziz – PAS kuat di Kelantan. Insya’Allah dengan skandal apa sekalipun; TG NA akan kekal di hati rakyat Kelantan. Ana lega; sebab tuduhan dan ramalan kawan-kawan di seluruh Negara yang mengatakan TGNA akan menjadi punca PAS tewas adalah tidak benar sama sekali. Di Kelantan, sambutan rakyat luar biasa. Ramai yang mengikuti perkembangan TGNA di Mekah. Mereka senyum kalau disentuh mengenai bilik mewah TG. ‘Dio MB…takkanlah nak suruh dia tidur hotel muroh’. Orang UMNO ingat ini semua akan membuatkan rakyat maroh. Dok…rakyat senyum ja.

Tak lama lagi, akan berlangsung pameran dan Expo Cheng Ho di Kota Bharu. Hebat. Ana dah rasa kehebatan program ini. Tindakan bijak untuk mendekatkan Kelantan dengan kaum Muslim kita di China.

Di kalangan orang kita sendiri; tak sabar nak tengok pameran ini. Ramai yang puji YB Husam yang tersangat ‘bijak’ dalam membawa Cheng Ho ke Kelantan. Nak harap orang lain buat? Haramnya ada.

YB Husam memang hebat dan mampu. Sayang, perwakilan PAS tolak kepimpinan Husam di pusat.  Sekarang dah mula rasa rugi. Bayangkan kemampuan Husam memperkukuh parti kalau dapat membawa Cheng Ho ke Kota Bharu.

Ada pula gurauan di kalangan orang kita sendiri; Husam nak bawa Cheng Ho….sebab dia sendiri memang Laksamana Ho Ho Ho. Laksamana PAS yang gemar ‘menderma’ bagi memastikan politik beliau akan terus timbul dan diingati ramai. Kalau betulpun…apa salahnya. Rezeki dan sedekah….kita kena terima.

Apapun orang cakap…YB Husam hebat dan berjaya.

* YB Nik Amar….semakin pening kepala. Nak jadi MB; tapi produk zero….guane gu?