Zaid Ibrahim ada menyebut satu ungkapan bahawa apa salahnya ‘jika PAS menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat’. Ungkapan ini bukan Zaid ucapkan semalam. Bukan hari ini. Ana dengar ungkapan Zaid ini sewaktu menghadiri majlis buka puasa di Wangsa Maju. Ana memang dah lama menjadi pemerhati politik Zaid ni. Memang menarik. Zaid ini politik stail YB Husam. Straight. Direct to the point. Tak pandai main belakang. Apa dia cakap depan; itulah yang dia maksudkan.

PAS bukan lahir sepuluh dua puluh tahun. Umur PAS pun tak jauh dengan umur UMNO. Tak jauh. Maknanya, pengalaman PAS tak jauh dengan pengalaman UMNO. Yang tak pernah, adalah menjaga sebuah Negara. Selain itu, PAS biasa dan tidak canggung pun.

Dr Burhanuddin alHelmy mempunyai pemikiran politik yang luar biasa. Sangat jauh. Makanya, pertemuan di tahun 1947 adalah satu pertemuan ‘politik’ yang membawa permulaan manis kepada perjuangan ini. Dengan tertubuhnya Majlis Agama Tertinggi (MATA); benih permulaan kepada penglibatan sudah menjadi nyata. Bayangkan. Benih PAS hanya lewat setahun daripada UMNO. Tapi UMNO dilahirkan di kalangan elitis Melayu yang tidak sangat mendokong perjuangan Islam. Arak bersepah di majlis rasmi kerajaan. Kita dah mula rasa tak yakin bahawa UMNO akan membawa jalan Islam.

Lepas itu, kita adakan Hizbul Muslimin (Parti Orang Muslimin Malaya). Lepas tu ada ‘PAS’. Masa tu, orang PAS dengan orang UMNO boleh ada keahlian dua parti. Tak kisahpun. Selamba ajer.

Institusi yang dikatakan sebagai Mursyidul Am ini hanya wujud sekitar tahun 1982. Sebelum tu tak ada pun. Maknanya, sebelum itu, Presiden adalah ketua dalam segala segi. Ketua parti. Ketua umum. Imam solat. Semua sekali. Pakej. Hanya selepas 1982, kita ada istilah Mursyidul Am.

Hari ini kita ada 23 orang Ahli Parlimen PAS. Satu pencapaian yang baik. Memang kurang daripada DAP. DAP ada 28. Dulu, asalnya PKR ada 31. Lepas tu…yang keluar pun ramai.

Soalnya, dalam lanskap Perlembagaan yang memerlukan ‘pimpinan Melayu/Islam’; PAS mampu tampil lebih ‘hebat dan wibawa’. Kita tidak ada pakej liwat dan masalah sosial. Kita tak ada masalah dalaman. Pemilihan PAS berlangsung baik dan tersusun. Tak ada komplen.

Apa salahnya kita try – berikan peluang PAS tadbir Pakatan Rakyat dengan pimpinan Islam dan wibawa. Tak boleh? Sebab apa?

Sebab itu dalam perjuangan kita kena ada jiwa besar dan hebat. PR kena beri peluang PAS nak naik dan lonjak nama. Asyik pakai orang sama; tak seronok juga.