Ana senyum sahaja bila ditunjukkan oleh seorang anak muda PAS mengenai sikap MB Kedah yang meroyan tak tentu hala kepada pemberita.
Ana senyum; kerana selama ini Ustaz Jijan digambarkan oleh rakan-rakan ana di Alor Setar sebagai seorang MB yang sangat prihatin dan disayangi rakyat. Ustaz Jijan ‘hemoi’ kata orang utara. Mudah masuk dan ramah. Senyum. Mesra. Malahan kacak apabila mengenakan cermin mata hitamnya itu. Tapi dalam sidang akhbar kelmarin; nampaknya Ustaz Jijan sudah hilang sabaq. Pasai ayaq, Ustaz jijan sudah naik hangin satu badan.
Kamil, anak muda PAS yang menunjukkan video itu kepada ana kesal; kerana Ustaz Jijan terlalu cepat melompat. Kamil, yang kebetulan berasal daripada Kedah – sememangnya mengakui bahawa ada kelemahan dalam sistem bantuan khairat PAS kepada mangsa banjir. Banyak benda yang tak dapat katanya. ADUN PAS pun ramai yang tidak ada dalam kawasan. Ada yang kata ada di KL. Ada yang kata hantar orang rombongan haji. Ada yang kata hantar orang kahwin. Macam-macam. Yang derita…rakyat.
Ana kecewa, kerana ini adalah kalangan penyokong sendiri. Ada orang-orang PAS sendiri yang sesak waktu banjir. Ramai juga orang dan ahli kita, yang terpaksa mengambil bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Terpaksa juga jengah program orang UMNO.
Kelmarin, sewaktu Menteri Dalam Negeri dalam kawasan Kedah – yang beratur panjang termasuk jugalah Haji Man, Haji Rawi, Mak Mon dan Kak Ana yang memang totok orang PAS. ‘Dah tu, nak tengok bulan bantu; batang hidung pun tak nampak’. Ana pulak yang tertunduk malu.
Ustaz Jijan janganlah nak mengamuk tak tentu hala; kalau jentera Kerajaan Negeri memang hampas. Memang tak bergerak. Berapa banyak jentera Kerajaan Negeri beri. Kalau kita dok kata UMNO ‘politikkkan banjir’; dah memang kerja depa main politik. Yang kita tak main politik – pasai apa???
Ustaz Jijan kena ‘cool’. Ana minta Ustaz Jijan huluq semula salam persahabatan dengan media. Cakap elok-elok la Ustaz. Apa salahnya. Yang nak dok tengking orang buat apa?
Ni pi tahan orang daripada laporkan sidang dun. Ana tahulah…ana orang media. Bila buat kita macam anjing; media pun tahu nak buat Ustaz Jijan buruk….bukan susah sangat. Hak tu yang kita tak mau tu.
Advertisements