Alhamdulillah, doa ana yang sentiasa mengharapkan PAS Selangor bangkit dan tidak duduk diam; melihat sahaja segala macam ‘kemungkaran’ yang berlaku dalam Kerajaan Negeri Selangor; dimakbulkan semalam. Ana selalu kata, kita tidak boleh harap populariti orang lain. Tak boleh harap PKR. Tak boleh harap DAP. Dalam Selangor; kita kena bangkit sebagai satu pasukan PAS. Barulah kita mantap dan padu.
Ini tidak. Ronnie Liu buat business haram; ‘menggalakkan persundalan’, arak, rumah urut dan sebagainya; kita diam. Bila Dr Hassan Ali bersuara; orang kita sendiri; orang PAS yang belasah Hassan Ali. Kononnya tak ada semangat Pakatan. Kita ni nak letak semangat Pakatan lebih tinggi daripada Islam ke? Kita nak letak Anwar/Kit Siang lebih tinggi daripada agama ker? Yang kita terlalu takut sangat dengan semangat Pakatan – ni apa ke jadahnya?
Maaflah ana berkasar. Tapi ana dah terlalu kecewa dengan prestasi ADUN PAS di Selangor. Macam tak cukup makan. Biarkan kemungkaran berlaku depan mata. Rasuah berleluasa. PKR menggila. DAP jadi sasau. Kita? ADUN PAS buat apa? Perhubungan Negeri PAS buat apa? Kita jadi bisu dan tuli sebab semangat ‘pakatan’?
Ana puji dan hormat dengan usaha Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Rosli Che Mat yang menyahut saranan ADUN Hulu Klang di DUN semalam. ADUN Hulu Klang mengemukakan persoalan mengenai Pengurus Besar PKNS yang korup dan tidak jujur. Taja perkahwinan angkasawan Negara sehingga RM520,000. Lantik kalangan pegawai kontrak yang mendapat gaji tinggi. Meletakkan ramai pegawai kontrak di dalam ‘tender board’. Ana tak pandai bab tender menender; tapi kalau dah orang tak ada kena mengena masuk tender board; itu kan gila korup namanya.
Ana tahulah bab PKNS ni; beberapa pegawai Cina diletakkan sebagai watchdog DAP dalam PKNS. Ada ke patut? Takut Melayu susun projek untuk orang Melayu. Kalau orang Melayu itu tolong PAS; salah juga?
Memang PKNS dah jadi ‘ladang babi’ DAP. Kat sinilah orang DAP menggila cari duit. Menggila cari projek. Projek yang dapat nama Melayu; sudahnya diberikan kepada orang Cina juga. Betul punya perkauman.
Ana nak ucap terima kasih kepada ADUN Hulu Klang yang berani bawa isu ini. Patutnya – ADUN tersebut bawa sekali isu Datum Jelatek. Berapa ramai kroni Azmin yang makan duit dalam projek itu.

Rasuah – bagi makan anak bini. Tak guna punya Menteri Besar dan Exco. Semua makan tidur sahaja