Baru-baru ini, tambahnya rakyat telah dikejutkan tindakan SPR berhubung kumpulan pengundi ‘hilang layak undi awam’ yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku Ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, katanya jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

Menurutnya, PAS menganggap itu adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno BN tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

Justeru, beliau mengharapkan supaya semua jentera pilihan raya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario tersebut.

“PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.

“BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno,” ujarnya

——————————

Ini semua soal taktik dan strategi. Kita tahu, kerajaan memang ada ‘advantage’ dalam hal-hal yang tertentu. Tapi, apakah kita dalam PAS ini mengharapkan pendedahan yang sedemikian sifatnya? Apakah tindakan kita dalam memastikan parti kita memang benar-benar mendapat perhatian di kalangan rakyat.

Sejujurnya, di Selangor; PAS berada di dalam kedudukan yang tidak terlalu kuat. Makin ramai yang curiga dengan kemampuan kita untuk mendepani pandangan DAP dan PKR dalam beberapa hal. Dengan jumlah rumah urut yang semakin bertambah; orang tanya apa peranan PAS? Bila masalah sosial semakin tinggi; orang tanya mana ‘qiyadah’ PAS? Bila masalah dengan syiar agama; apakah PAS sudah memastikan kita berada di tempat yang baik. 

Ana cakap, sebab ana berada di bawah. Bergaul dan bercampur dengan ramai orang. Masalahnya; bila orang rasa tak puas hati – ana cuba sampaikan kepada kepimpinan pusat. So far, memang respon semua anggap macam hal biasa dan tak penting. Sebab hal biasa dan tak penting lah yang kita tewas di GALAS. Jangan lupa tu. Jangan kita terlalu ego dengan kekuatan kita,

Belum lagi kita cakap pasal kelemahan kita membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Ada yang meludah bila cakap pasal Menteri Besar PAS! Ada yang buang kahak sebab tak puas hati. Ada yang menangis dan merintih sebab PAS tak turun ke bawah.

Ana tahu, ada yang bagus. Mahfuz antara yang baik. Selalu tunjuk gambar dia tidur di sebalik tong minyak dan biskut. Baguslah tu. Menteri Besar kita mana? Azizan mana? Bila orang tanya; ana nak cakap apa? Diam. Malu sendiri.

Advertisements