Ana memang tak berapa suka istilah post mortem ni. Macam dah mati. Macam cerita CSI. Dah mati; kena tengok punca. Apa sebab? Bunuh diri ataupun accident? Ada pembunuhan; guna senjata apa? Ini semua kita kena kaji dengan ikhlas. Jangan ada nak cover-cover line. Kalau cover-cover line; akhirnya susah PAS sendiri nak jadi parti yang kuat dan mantap. Balik-balik cerita tentang orang lain yang tipu; orang lain yang rasuah; orang lain yang main jahat. Habis, kita tak ada kelemahan? Habis, kita dan sempurna? Habis, kita dah hebat sangatkah?

Kita ni, orang PAS jangan anggap kita ini terlalu hebat dan mantap. Kita pun ada kelemahan. Kita pun ada kesilapan. Kita pun bukan sempurna. Masalah dengan kita, susah sangat nak akui kelemahan sendiri. Kalau kita lemah pun; kita tuding orang lain. Sudahnya, kita yang merana.

Calon

Memang calon kita Doktor. Doktor memang hebat. Lawan dengan orang SPM. Kita yakin kita boleh pukul. Sudahnya, calon kita sudahlah kalah. Nak bangun pun susah. Nak berjalan pun payah. Bawak perut bagaikan orang mengandung 18 bulan. Ini kata pengundi. Ana cuma dengar orang cakap. Ana naik sedih. Kenapalah PAS ini; sudah tak ada calon yang baik ker? Mana pergi kaedah tamrin dan latihan di universiti kita. Mana produk usrah kita? Mana produk pembangunan dan latihan kita? Ada pengundi (ahli PAS); yang cakap ‘anak gajah’ itu tak layak jadi YB. Orang PAS sendiri. Ada bendera depan rumah. Ada gambar Tok Guru di ruang tamu. Bayangkan tahap benci pengundi kepada calon kita.

Macamana nak menang? Kalau orang sendiri pun dah tolak? Macamana? Dr zul ini bukan setakat orang tak hormat. Benci pun ada. Yang benci bukan pengundi luar. Pengundi GALAS dan orang PAS sendiri. Allahuakbar….masak kita.

Karomah

Yang nyata, ramai yang sedih bila dikatakan TG Nik Aziz dah hilang karomah. Dah hilang power. Dah hilang wajah suci. Bila dengar TGNA kena carut; ana rasa semacam. Ana rasa nak menangis. Ramai yang kata, hilang rasa ‘hormat dan simpati’; tapi timbul rasa ‘menyampah dan benci’. Ini ramai yang cakap pada ana. Ana tak setuju. Ana sayang TGNA. Ana hormat TGNA. Tapi kenapa ramai orang kita sendiri yang dan tak suka.

Definisi Wali Allah

Kata Al Waliy, yang terambil dari akar kata wau, lam, ya, makna dasanya adalah
‘berhampiran’. Maksudnya dekat dengan Allah.

Wali Allah adalah orang-orang yang selalu dilindungi dan diberi pertolongan oleh Allah. “Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka ari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).” (QS Al-Baqarah 2:257). Allah akan melindunginya saat akan terjerumus dalam perangkap syaitan sehingga terhindar dari bahaya yang akan merosakkan kehidupannya.

Jauh daripada bertahap wali; karomah; keramat TGNA pun dah hilang. Inilah antara punca kekalahan. Ana tak setuju langsung. Tapi ini yang diperkatakan di kalangan kawan-kawan kita di Galas.

Banyak Sangat Guna Guan Eng & Anwar

Ini lagi satu penyakit. Padahal, kita dah beritahu dari awal; kurangkan guna Cina Bukit dan Mat Liwat. Tak…kita pakai juga. Kita tak ikut nasihat penggerak kita di bawah. Orang dah tak minat dengan Anwar. Muak tengok muka. Kita pakai juga. Sudahnya….dengan peti undi kubu kuat kita pun lingkup wal hancur. Tak dengar cakap lagi?

Ku Li

Memang hebat seorang ahli politik bernama Ku li. Setiap inci Galas dijelajahinya. Bukan setakat di dalam pekan. Semua tempat. Susah kita nak control.

Advertisements