Salam. Ana nak tergelak pun ada, bila tengok Utusan Meloya suka-suka nak guna isu perjanjian syaitan DAP+PKR di muka depan suratkhabar tersebut. Muka depan syeikh! Muka depan! Habis ana kena berjawab dengan pengundi-pengundi kita di Galas. Tapi kita sentiasa tenang. Kita di pihak yang betul. Tak perlu nak gusar. Relak ajer. Barulah kita dapat ketenangan nak berdepan dengan isu ini.

Ana akur dan dapat terima; ramai ahli yang risau dan khuatir. Risau takut kita tertinggal dalam drama politik PR ni. Ana memang tahu, ana dah kongsi banyak kali dalam blog ini. Dengan PKR ini, kita tak boleh nak serah 100 %. Bahaya. Kena simpan sikit untuk politik PAS sendiri. Kalau kita ikut rentak dan telunjuk mereka sahaja; harga PAS? Kita tak mahu satu ketika; kita jadi manis madu sepah dibuang. Lepas dah kerah kerja kita. Dah kerah pengorbanan kita. Terus kata kita tak penting. Kalau kena macam itu. Mahunya kita pening kepala.

Manakan tidak, DAP dan PKR ini nampaknya bekerjasama dalam segala segi. Politik dan ekonomi. Waktu di Sibu; kita diberitahu PKR menyumbang sebanyak RM3 juta nak bagi menang calon DAP. Mana dapat duit? Tapi kita tumpang tui seronok. Segala benda dapat kita rasa. Duduk di Sibu, walaupun sebagai orang PAS – tetap menyeronokkan. Hotel/makan semua cukup. Tapi sebagai orang perjuangan; kita tak pernah komplen pun. Ikhlas.

PKR kalau dengan DAP – bagai isi dengan kuku; kalau dengan kita?

Orang PKR jangan anggap kita tak terasa hati. Terasa juga. Tetapi apa nak buat. Ini dah jadi pilihan depa. Depa nak rancang untuk tinggai kita? Silakan. Nanti jadi macam PEKEMBAR juga. Tinggalkan kita. Lepas tu jadi macam gila talak. Cerita pasal perpaduan. Sebelum ini – kutuk bagai nak maut.

Di Galas, DAP memang ada bantu kita. Banyak tak banyak. Tapi lebih RM800 ribu juga katanya. Banyak juga. Sebab itu, kali ini di Galas – kita ada strategi mewah sikit. Makan. Minum. Hamper untuk pengundi. Kain pelikat. Buku agama. Semuanya kita cetak elok-elok. Saguhati untuk surau pun kita tambah banyak. Ini semua berkat kerjasama kita dengan DAP. Walaupun kita tak ada perjanjian syaitan dengan DAP. Kita ada perjanjian ‘malaikat’. Perjanjian orang baik-baik.

Kita nampak, dalam suasana politik sekarang ini; PKR nampak cemas. Pemilihan entah ke mana. Tak ramai yang datang. Kes mahkamah belum selesai. Kepimpinan PKR berserabut; dari bawah sampai ke atas. Harapan? Nampak macam tak berapa nak cerah. Masalah dengan PKR ni, semuanya nak tunggu Anwar. Tak boleh ada orang lain. Semuanya Anwar. Tak macam kita dalam PAS. Kalau TG Haji Hadi tak ada; TG Nik Aziz ada. Kalau TG Nik Aziz tak ada – ada orang lain yang boleh pikul tugas. Dalam PKR. Tak ada. Lepas Anwar – Anwar; lepas Anwar, Anwar lagi. Macamana tu?

Ana respek YB Kulim. Berani. Tapi berani belum tentu betul. Itu kita kena selalu ingat. Jangan ingat berani – betul. PAS tak ada masalah dengan YB Kulim. Kita ok. Hormat pandangan kawan-kawan.

Advertisements