Ana serahkan kepada Pengarah Jentera PIlihanraya Galas untuk tentukan samada ‘arahan lembut’ Presiden Parti akan digunapakai atau tidak. Walaupun tida mengatakannya secara jelas; namun ada perubahan muka TG HH sewaktu diberikan taklimat kelmarin secara tertutup. Ana ada sekali. Tapi duduk sebelah belakang. Parti kita ini pun tak kurang orang yang suka merajuk. Kalau nampak ramai sangat orang luar – mulalah rasa kurang senang dan tak seronok. Ana malas nak bertekak sesama sendiri. Serahkan sahaja kepada mereka yang lebih arif.

TGHH menerima satu laporan ‘akar umbi’ yang mengatakan keperluan kita mengurangkan sikit penampilan Anwar dan DAP di Galas. Ramai kawan-kawan di Galas, lebih yakin sekiranya kita tumpu kepada menjual ‘produk kita sendiri’. Menjual calon kita sendiri. Daripada terlalu banyak bergantung kepada Anwar dan DAP.

Berdasarkan laporan awal – kalangan rakyat sudah mula tak berapa percaya dengan Anwar. Banyak dapatan kajian ‘sikap’; membayangkan bahawa Anwar adalah seorang yang tidak terlalu digemari oleh orang Kelantan. Malahan, di kalangan orang-orang Ku Li sendiri benci ‘benar’ dengan Anwar. Dalam kajian sama, dapatan kita mendapati penampilan DAP juga perlu dikurangkan secara menyeluruh. Tak perlu nak bawa DAP sangat dalam kempen di Galas.

Ada yang tanya, habis tu kalau tak bawa DAP – siapa nak tarik undi orang Cina Galas. Orang Cina Galas – bukan macam orang Cina Bukit Bintang. Fikiran mereka lebih tertumpu kepada TG Nik Aziz dan calon kita. DAP, pada mereka tak ada ‘sebab’ nak ada di Galas. Orang Cina di Galas, lebih selesa bercakap dengan TGNA daripada Guan Eng. Pada mereka, Guan Eng tak penting. DAP tidak membawa apa-apa kesan di dalam politik Kelantan. Tak ada lebih baik.

Dua dapatan ini; kurangkan Anwar dan kurangkan DAP adalah hasil kerja kita di bawah. Ana dan rakan-rakan, diamanahkan untuk mendapatkan pandangan di kawasan Lepan Tupai. Di kawasan ini; dapatannya lebih kurang sama. Memang mereka tak mahu Anwar dan DAP. Pada mereka, kalau turun pun – tak menambah undi; mengurangkan lagi ada.

Budak-budak muda di Galas tak minta banyak. Minta tiket bola. Ana kata; kita tak ada peruntukan. Tapi ana akan bincang dengan Ustaz Nasaruddin. Kalau ada, kita kena beri. Ini hajat orang muda. Niat sedekah. Bukan niat beli undi.

Kita kena percaya dengan diri sendiri. Kalau dapatan kajian kita kata, Anwar dan DAP tak popular. Kita kena ambil maklum. Tak perlu nak ragu. Tak perlu nak pertikai. Tapi, ana cakap tadi – apapun kita serah kepada ketua kita. Kalau nak pakai juga. Nak buat macamana.

Malam ini ada ceramah besar. Ada Anwar juga. Nampaknya, kita masih tak percaya dengan kajian kita. Kita nak pakai juga.

Ana serah kepada ketua. Kalau nak pakai juga. Ana nak kata apa.

Ana terus buat kerja….

Advertisements