Secara kebetulan, ana ada di Parlimen waktu bajet dibentangkan. Berbual dengan ramai MP PAS. Dengan bloggers yang aktif untuk berjuang memastikan PAS akan mendapat tempat di hati rakyat. Banyak isu yang dibincangkan. Sesekali ketawa besar bila mengenangkan bagaimana bajet kerajaan kali ni macam main-main. Tapi kena terima hakikat. Semuanya betul. Memang akan berlaku sepanjang tahun 2011.

Ana ambil peluang bertemu dengan Tony Pua. Dia ini kira pakar ekonomi DAP. Ana tanya dia, kalau dia boleh cadangkan – apa dia nak buat dengan bajet kali ini. Tony Pua terangkan banyak perkara. Terangkan tentang bagaimana kalau dia; setiap negeri akan dapat peruntukan berbeza; bergantung kepada ‘jumlah income’ negeri yang terbabit di tahun itu. Ana tanyakan, kalau Kelantan bagi income sikit kepada Negara; apakah bajet kelantan juga kurang? Tony kata ya. Memang itu dasarnya. Ini dinamakan ‘fiscal decentralization’.

Ana macam kecewa sedikit. Manakan tidak. Sudahlah Kelantan berdepan dengan kemiskinan; kalau bajet pun kurang di bawah Bajet PR – macamana kita di Kelantan nak hidup?

Tony beritahu – itu tak ada masalah. Di bawah PR; kita pastikan – royalti minyak akan kembali kepada Kelantan. Lega sikit rasanya.

Tapi, ana rasa – ini semua belum cukup. DAP kena yakinkan kita; mereka tak tengok isu Pulau Pinang sahaja. Jangan begitu, Jangan penting diri. Kena tengok juga caramana boleh bantu PAS dengan cara lain. Kita dah memberi banyak kepada PR. Termasuk gadaikan negara Islam. Ini semua kalau DAP tak nilaikan; rosak lah hubungan kita dalam PR.

Pada PAS, DAP lebih baik dan boleh percaya berbanding PKR. PKR sudah ada agenda lain. DAP lebih mempunyai integriti. Berbanding PKR yang akan menempuh pilihanraya ‘duit’ dalam masa yang terdekat ini. Ramai kawan PKR yang dah mula tukar kereta. Tukar bini pun ada. Semua sebab ada ‘payment’ sewaktu mencalonkan individu tertentu, Mewahnya PKR.

Dalam PAS, budaya beli undi ini hampir tak ada. Bersih Tapi kalau kawan-kawan nak main duit. Kita nak cakap apa.

Politik wang dengan politik sedekah beza banyak….