Ana memang makin risau dengan perkembangan dalam parti sahabat kita – PKR. Soal Azmin dan Zaid, kita serah kepada kebijaksanaan ahli PKR. Tapi kalau dah sampai melibatkan kepentingan Kak Wan, kita pun turut risau. Kita tengok imej Kak Wan. Imej wanita yang sangat tidak bernasib baik. Tarik simpati. Tertekan. Setia. Komited dengan perjuangan. Ini semua imej yang dengan sendirinya membantu ‘PR’ secara keseluruhan. PKR perlukan imej macam itu. Bagus juga untuk politik kita.

PKR yang ada Presiden yang terlalu kuat akan mendatangkan masalah kepada PR. Kita kena percaya itu. Ini akan menyebabkan PKR menjadi parti yang agak sombong dan tidak mampu mendengar pandangan para sahabat. Ianya akan menjadi parti yang super-angkuh dan menganggap mereka sahaja layak menjadi calon Perdana Menteri.

Kelmarin timbul pula cerita budak nama Rahimi. Ini pun bukan orang luar. Orang dalam PKR. Orang dalam pejabat Ketua Umum. Inipun akan mendatangkan masalah dalam kempen kita di GALAS. Selalu kita perkatakan, di dalam kawasan yang majoriti Melayu – masalah yang menimpa moral kawan PKR pun akan mendatangkan kesan.

Ana masih ingat sewaktu membantu YAB Nizar di kawasan dia. Makcik dan Pakcik yang tahu apa-apa – naik menyampah dengan kita. Mereka kata kita parti yang mendokong kekotoran. Nasib baik ada gambar calon BN yang peluk perempuan GRO. Sejuk sedikit hati mereka.

Di Galas pun sama. Kita nak tunggu siapa calon BN? Kalau salah letak – nampaknya kita terpaksa edar juga gambar calon mereka berkunjung ke Siam. Kita ada simpan. Kalau tekaan kita betul; dan itu calon yang dipilih – kita akan dapat kelebihan.

Orang ada nasihatkan ana – jangan kita bermain dengan permainan kotor orang lain. Inilah juga persekitaran yang ada. Kalau kita tak main kotor. Kita tak akan ke mana.

Ana harap budak Rahimi ini tidak dibayar untuk berada di Galas. Kalau dia datang – parah juga kita nanti. Ana harap sangat nanti….

p/s: …kenapa agaknya semua jenis yang macam itu…?

Advertisements